Utusan Borneo (Sarawak)

Kemarau Burnley berakhir, berjaya menewaskan Palace 1-0

Skuad Dyche meraih kemenangan pertama mereka dalam liga setelah gagal memenangi tujuh perlawanan musim ini

-

Kami mencipta dua atau tiga peluang terbaik, kami menyempurn­akan satu dan ia menjadi semakin mendebarka­n kerana kami memburu kemenangan pertama. Untuk akhirnya menang, ia memberikan

” semangat baharu kepada kami.

LONDON: Burnley meraikan kemenangan pertama mereka dalam Liga Perdana Inggeris musim ini selepas Chris Wood menjaringk­an gol kemenangan untuk menewaskan Crystal Palace 1-0 sementara Southampto­n terlepas peluang melonjak ke tangga ketiga liga apabila diikat 1-1 di Wolves pada Isnin.

Burnley gagal memenangi tujuh perlawanan pertama mereka musim ini, untuk rekod bersama permulaan terburuk satu musim dalam sejarah kelab.

Skuad kendalian Sean Dyche adalah satu-satu kelab dalam Liga Perdana yang masih gagal menjaringk­an gol di tempat sendiri musim ini sehingga Wood membuka jaringan dalam separuh masa pertama menentang Palace.

Gol itu bagaimanap­un sudah memadai untuk mengutip tiga mata yang amat diperlukan oleh

Pengurus Burnley

Burnley, yang melangkah keluar dari zon penyingkir­an, dengan Fulham menggantik­an tempat mereka.

“Kami mencipta dua atau tiga peluang terbaik, kami menyempurn­akan satu dan ia menjadi semakin mendebarka­n kerana kami memburu kemenangan pertama. Untuk akhirnya menang, ia memberikan semangat baharu kepada kami,” kata Dyche. “Kami mempunyai kumpulan yang boleh mencabar. Kami mempunyai permulaan yang sukar tetapi sudah dijangkaka­n.”

Palace beraksi tanpa penyerang utama, Wilfried Zaha, selepas diuji positif koronaviru­s (COVID-19) dan skuad bimbingan Roy Hodgson itu tumpul di jentera serangan tanpa Zaha ketika mereka mengalami kekalahan kedua dari tiga perlawanan.

Burnley hanya mampu menjaringk­an tiga gol liga musim ini dan belum menjaringk­an gol sejak 3 Oktober apabila Ashley Westwood menjaringk­an gol ketika tewas di Newcastle.

Namun W o o d menamatkan empat perlawanan tanpa gol dengan gol minit kelapan apabila menyempurn­akan hantaran Jay Rodriguez.

Palace hampir mengikat kedudukan apabila rembatan lencong Andros Townsend berjaya ditepis penjaga gol Nick Pope.

Burnley hampir menambah jaringan menerusi rembatan Johann Gudmundsso­n tetapi bola terkena palang.

Michy Batshuayi juga hampir mengikat kedudukan buat Palace tetapi Pope sekali lagi beraksi tangkas.

Burnley sememangny­a amat berterima kasih kepada Pope kerana menepis satu cubaan Christian Benteke pada minit kecederaan. Di Molineux, Southampto­n membayangk­an kemenangan keempat berturut-turut apabila Theo

Walcott membuka jaringan dalam separuh masa kedua.

Tetapi Pedro Neto dimasukkan dari bangku simpanan untuk menjaringk­an gol penyamaan, menyebabka­n Southampto­n terpaksa akur dengan satu mata untuk berada di tangga kelima liga.

“Saya gembira. Bagi semua orang, ia satu perlawanan yang sukar, dari segi taktikal juga sukar, ia seperti permainan catur. Mereka bermain dengan format 4-33, kami tidak menjangkak­annya tetapi kami menemui jawapan,” kata pengurus Southampto­n Ralph Hasenhuttl.

Pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo, menambah: “Saya fikir gol mereka adalah dari satu kesalahan. Selepas itu, ia tentang bangkit dari semua ini. Pemain melakukann­ya dan kami menamatkan permainan dengan mencipta banyak peluang.”

Walcott diturunkan di posisi penyerang tengah untuk Southampto­n ekoran kecederaan Danny Ings dan pemain yang biasa bermain di posisi sayap itu ada menguji penjaga gol Wolves, Rui Patricio dalam separuh masa pertama.

Southampto­n membuka jaringan pada minit ke-58, dengan bantuan sedikit kontrovers­i.

Wolves kecewa kerana Stuart Armstrong kelihatan sengaja merempuh Rayan Ait-Nouri dan tiada tindakan diambil oleh pengadil, menyebabka­n Che Adams melakukan hantaran lintang yang disempurna­kan Walcott.

Ia adalah gol pertama Walcott bersama Southampto­n sejak tiba dari Everton untuk kontrak pinjaman pada bulan Oktober.

Gol liga terakhir beliau bersama Southampto­n ialah pada tempoh pertama beliau di kelab itu hampir 15 tahun yang lalu.

Walcott hampir menambah jaringan tetapi penyudah beliau hambar selepas menerima satu lagi umpanan Adams.

Kegagalan itu membawa padah apabila Wolves berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-75 apabila rembatan kencang Raul Jimenez terkena palang dan bola muntah disempurna­kan Neto.

Wolves hampir menjaringk­an gol kemenangan tetapi rembatan Neto pada minit akhir berjaya ditepis penjaga gol Alex McCarthy. — AFP

Sean Dyche

 ??  ?? DYCHE
DYCHE
 ?? — Gambar AFP ?? BOLOS: Pedro Neto (dua kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Wolverhamp­ton Wanderers dan Southampto­n di stadium Molineux, Wolverhamp­ton, England kelmarin.
— Gambar AFP BOLOS: Pedro Neto (dua kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Wolverhamp­ton Wanderers dan Southampto­n di stadium Molineux, Wolverhamp­ton, England kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? BERGAYA: Wood menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Burnley dan Crystal Palace di Turf Moor, Burnley, England, kelmarin.
— Gambar AFP BERGAYA: Wood menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Burnley dan Crystal Palace di Turf Moor, Burnley, England, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia