Utusan Borneo (Sarawak)

Grealish jadi buruan utama Manchester City

-

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, dilaporkan menyenarai­kan kapten Aston Villa, Jack Grealish sebagai buruan utama sebagai sebahagian dari pembinaan semula di kelab.

Guardiola mahu memperkuat­kan skuad selepas beliau menandatan­gani kontrak baharu sehingga musim panas 2023.

Grealish, pemain antarabang­sa England, mempamerka­n beberapa aksi memberangs­angkan bersama Villa musim ini dan mendapat perhatian tinggi di City, seperti yang dilaporkan akhbar The Independen­t.

Walaupun penyerang Barcelona, Lionel Messi dan penyerang Tottenham, Harry Kane juga menjadi antara pilihan utama, Grealish dilihat oleh Guardiola sebagai seseorang yang berupaya untuk membantu mengembali­kan semula kegemilang­an City.

Laporan berkata Guardiola ada bercakap dengan pemain tengah City, Kevin de Bruyne tentang Grealish.

De Bruyne, yang baru-baru ini berdepan Grealish ketika Belgium menentang England dalam aksi Liga Negara UEFA, dikatakan menggambar­kan bahawa Grealish, 25, adalah seorang pemain yang seharusnya cuba dibeli City.

Mendapatka­n Grealish bagaimanap­un bukan satu tugas yang mudah, dengan Villa dijangka akan menuntut yuran perpindaha­n lebih dari 100 juta untuk pemain kelahiran akademi mereka.

Grealish, yang sebelum ini dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Manchester United, menandatan­gani kontrak baharu di Villa pada bulan September dan hanya akan tamat pada musim panas 2025.

Musim ini, Grealish bermain dengan lebih keyakinan dan amat mengagumka­n di mana beliau menjaringk­an empat gol dan mengumpan enam gol dari lapan perlawanan Liga Perdana, selain turut memberi impak ketiak beraksi bersama England.

City bergelut dengan konsistens­i pada awal musim ini dan ketika ini berada di tangga ke-13 liga dengan hanya 12 mata dari lapan perlawanan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERTENAGA: Grealish (kiri) bersaing dengan pemain tengah Brighton Solly March pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Aston Villa dan Brighton and Hove Albion di Villa Park, Birmingham, England baru-baru ini
— Gambar AFP BERTENAGA: Grealish (kiri) bersaing dengan pemain tengah Brighton Solly March pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Aston Villa dan Brighton and Hove Albion di Villa Park, Birmingham, England baru-baru ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia