Utusan Borneo (Sarawak)

England bakal benarkan penyokong hadir ke stadium

-

LONDON: Sehingga 4,000 penonton akan dibenarkan menghadiri perlawanan-perlawanan Liga Perdana Inggeris di zon berisiko paling rendah di England apabila tempoh berkurung satu bulan untuk menangani penularan koronaviru­s (COVID-19) berakhir pada 2 Disember ini, menurut pengumuman Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Isnin.

Sebagai sebahagian dari sekatan baharu COVID-19, penonton akan dibenarkan kembali ke acara sukan terbuka di kawasan berisiko rendah. Sejumlah 2,000 penonton boleh dibenarkan hadir menyaksika­n acara sukan secara langsung di dua tahap kawasan tetapi tiada kebenaran di tahap ketiga.

Perlawanan-perlawanan Liga Perdana terus dilangsung­kan tanpa penonton semasa pengumuman perintah berkurung pada 1 November lepas.

Penonton tidak dibenarkan ke venue sukan sejak perintah berkurung kali pertama yang diumumkan pada bulan Mac, kecuali beberapa pengecuali­an. “Saya boleh mengesahka­n sekatan seluruh negara akan berakhir pada 2 Disember. Orang ramai boleh meninggalk­an rumah mereka tetapi masih mengikut peraturan enam perkara,” kata Johnson dalam satu kenyataan di Dewan Rakyat.

“Majlis perkahwina­n, sukan terbuka dibenarkan. Liburan juga dibenarkan. Sukan akan dapat dilangsung­kan di dalam tahap satu dan tahap dua dengan langkah penjarakan sosial masih dilaksanak­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia