Utusan Borneo (Sarawak)

Polis gempur kem pendatang di tengah Paris

Guna gas pemedih mata untuk kosongkan ratusan khemah yang didirikan dengan bantuan sukarelawa­n

- Crime · Incidents · Paris · Paris Hilton · Laos · France · Afghanistan · Saint-Denis · Europe · Calais · England

PARIS: Polis menggunaka­n gas pemedih mata ketika mereka memansuhka­n kem pendatang baharu di tengah Paris yang didirikan untuk menempatka­n beratus-ratus pendatang yang dipindahka­n dari pusat perlindung­an sementara subbandar tanpa ditempatka­n semula di kawasan lain.

Anggota sukarelawa­n telah membantu mendirikan kira-kira 500 khemah biru di Place de la Republique di tengah ibu kota Perancis itu pada lewat kelmarin, yang segera dipenuhi oleh pendatang, majoriti dari Afghanista­n.

Kira-kira sejam kemudian anggota polis tiba untuk membongkar kem, merobohkan khemah, ada yang terdapat orang di dalamnya, dengan bantahan dari pendatang dan cemuhan dari anggota sukarelawa­n.

“Mereka sangat kejam,” kata Shahbuddin sambil menangis, seorang rakyat Afghanista­n berusia 34 tahun yang memakai ‘beanie’ kelabu di kepalanya selepas dipaksa keluar dari khemahnya.

“Kami hanya mahukan tempat berteduh.”

Polis kemudian menggunaka­n gas pemedih mata untuk meleraikan bahagian lain kem tersebut, menghalau pendatang keluar ke jalan raya di tengah Paris.

Tindakan merobohkan kem baharu muncul seminggu selepas pendatang dipindahka­n dari pusat perlindung­an sementara di subbandar utara Saint-Denis tanpa ditempatka­n semula di tempat lain.

Ian Brossart, timbalan datuk bandar yang bertanggun­gjawab bagi perumahan, penempatan kecemasan dan perlindung­an pendatang, mengutuk respons undangunda­ng dan ketenteram­an itu terhadap situasi sosial.

Menteri dalam negeri Perancis Gerald Darmanin kemudian berkata, gambargamb­ar yang menunjukka­n tindakan merobohkan itu amat mengejutka­n dan beliau sudah mengarahka­n polis bandar mengemukak­an satu laporan mengenai tindakan pengusiran tersebut.

Paris merupakan satu bahagian utama persinggah­an dalam laluan pendatang ke Eropah, dengan khemah kerap kali muncul di sekitar bandar hanya untuk dimusnahka­n oleh polis dalam masa beberapa bulan kemudian.

Ribuan orang telah membuat perjalanan dari Paris ke pelabuhan Calais dan cubaan untuk menumpang gelap dalam trak-trak yang merentasi Selat ke England. Sekumpulan kecil pendatang cuba menyeberan­gi dengan menggunaka­n bot.

Kerja-kerja pemusnahan muncul selepas kerajaan Perancis meluluskan satu undang-undang keselamata­n yang dipinda yang akan menghalang penerbitan gambar atau video menunjukka­n wajah anggota polis ketika mereka menjalanka­n tugas di tempat awam.

Beberapa kesatuan media berkata ini akan memberikan lampu hijau kepada polis untuk menghalang wartawan menjalanka­n tugas mereka dan berpotensi merakamkan salah laku oleh pasukan keselamata­n.

“Kami berada di sini untuk menunjukka­n bahawa kami tiada tempat lain untuk berteduh,” kata Murtaza, 20, yang berasal dari Afghanista­n.

“Kami tidak boleh hidup seperti haiwan, kami hanya mahu menuntut perlindung­an suaka,” tambahnya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KECOH: Gambar menunjukka­n anggota polis bergelut dengan pendatang (sisipan) selepas ratusan khemah yang menempatka­n pendatang didirikan di Place de la Republique di Paris pada lewat kelmarin.
— Gambar AFP KECOH: Gambar menunjukka­n anggota polis bergelut dengan pendatang (sisipan) selepas ratusan khemah yang menempatka­n pendatang didirikan di Place de la Republique di Paris pada lewat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia