Utusan Borneo (Sarawak)

KERAJAAN SEDIA, TINGKAT KEMUDAHAN TAMAN REKREASI

Ia sebahagian usaha tingkat industri pelanconga­n bolehkan masyarakat memperoleh pendapatan

- Oleh Clare Cinderella

Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Majlis Daerah Subis (MDS) yang menjadikan tempat ini menarik

” dan indah.

MIRI: Kerajaan negeri akan terus menyedia dan meningkatk­an lagi taman rekreasi termasuk pantai awam dengan kemudahan pelanconga­n yang diperlukan.

Menteri Muda Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata, komitmen tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatk­an industri pelanconga­n di kawasan ini sehingga membolehka­n masyarakat tempatan memperoleh pendapatan melalui industri tersebut.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu memberitah­u perkara itu ketika merasmikan Program Rakan Taman Kitar Semula dan gotong-royong untuk membersihk­an Pantai Peliau di Bekenu Ahad lalu.

Pantai Peliau yang terletak tidak jauh dari pekan Bekenu kini sedang giat dilaksanak­an dengan kerja-kerja pembaikan di kawasan pantai dengan kemudahan yang diperlukan.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Majlis Daerah Subis (MDS) yang menjadikan tempat ini menarik dan indah,” katanya.

Rosey pada masa yang sama memberitah­u bahawa beliau sangat menyokong usaha membangunk­an taman awam itu bagi membolehka­n penduduk Kampung Peliau menjaga kebersihan dan keindahan pantai berkenaan.

Dengan melibatkan penduduk kampung dalam program ini, beliau yakin akan mewujudkan rasa memiliki dalam kalangan masyarakat­nya, untuk mengembang­kan kegiatan pelanconga­n di Pantai Peliau.

Pada masa yang sama, beliau menggesa penduduk kampung merebut peluang perniagaan yang telah disediakan kerajaan.

Pada masa yang sama, beliau turut bersedih kerana

Datuk Rosey Yunus

Menteri Muda Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak

ramai orang yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan akibat pandemik COVID19.

Atas keprihatin­an ini, beliau mahu agar mereka berputus asa kerana kerajaan akan berusaha membantu dan menyokong mereka melalui program keusahawan­an.

“Pengunjung berkunjung ke Pantai Peliau dan ini adalah tempat yang tepat bagi masyarakat memasarkan hasil dan produk pertanian mereka di tapak gerai jualan yang disediakan.

“Itulah sebabnya mengapa kerajaan ingin mengembang­kan daerah ini dengan menyediaka­n fasiliti ke pantai ini sehingga dapat meningkatk­an daerah ini dengan kegiatan ekonomi yang kukuh,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Majlis MDS Anuar Ahmad, Setiausaha MDS Farrah Sofya Mohd Sharbini dan ahli majlis MDS serta pemimpin masyarakat.

 ??  ??
 ??  ?? SIMBOLIK: Rosey dan Anuar bersama-sama mengecat papan tanda Pantai Peliau sambil disaksikan yang lain.
SIMBOLIK: Rosey dan Anuar bersama-sama mengecat papan tanda Pantai Peliau sambil disaksikan yang lain.
 ??  ?? SYARIKAT PRIHATIN: Lee (tengah) menyaksika­n penyerahan sumbangan mesin RT-PCR daripada Syarikat Kumpulan Samling diwakili James Ho (tiga kiri) kepada Dr Jack Wong yang mewakili Hospital Miri.
SYARIKAT PRIHATIN: Lee (tengah) menyaksika­n penyerahan sumbangan mesin RT-PCR daripada Syarikat Kumpulan Samling diwakili James Ho (tiga kiri) kepada Dr Jack Wong yang mewakili Hospital Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia