Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan Perlembaga­an berhubung ‘penduduk di negeri ini’: Rakyat Sarawak, anda nilaikan sendiri!

-

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan untuk mentakrif kata-kata ‘penduduk di negeri ini’ dalam Perlembaga­an Sarawak pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas.

Barisan pembangkan­g yang terdiri daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di bawah pimpinan ketua pembangkan­g Dato Sri Wong Soon Koh membantah pindaan itu, tetapi ia diteruskan juga oleh GPS.

PSB membantah pindaan itu kerana kami tegas menyatakan bahawa hanya anak jati Sarawak yang DILAHIRKAN DI SARAWAK sahaja boleh menjadi Ahli DUN (ADUN) dan Ketua Menteri Sarawak. DUN kita merupakan benteng pertahanan terakhir yang ada bagi Sarawak kerana undang-undang seperti Akta Pembanguna­n Petroleum tidak dapat diguna pakai kepada Sarawak tanpa kebenaran DUN.

Jika orang bukan anak Sarawak dapat mengambil alih DUN, Sarawak tidak akan lagi menjadi milik anak Sarawak sahaja.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian telah mempertaha­nkan sokongan GPS kepada RUU itu, malah serta-merta mengisytih­arkan bahawa disebabkan oleh pindaan itu, mana-mana ADUN pada masa depan ‘MESTI DILAHIRKAN DI SARAWAK’.

PSB menyatakan pindaan GPS itu menjelaska­n bahawa mana-mana warganegar­a Malaysia (termasuk penduduk Semenanjun­g Malaysia dan Sabah yang tidak dilahirkan di Sarawak) boleh menjadi ADUN, malah menjadi Ketua Menteri Sarawak; selagi salah seorang daripada ibu bapanya dilahirkan di Sarawak dan dia sendiri kini ‘penduduk normal’ di Sarawak.

“(2) Bagi tujuan Perkara ini, “penduduk di negeri ini” bermaksud seorang warganegar­a:(a) dilahirkan di Negeri ini, di mana -

(i) ibu bapanya atau seorang daripada mereka dilahirkan di Negeri ini; dan

(ii) dia penduduk normal di Negeri ini; atau

(b) walaupun tidak dilahirkan di Negeri ini, ibu bapanya atau salah seorang

daripada mereka dilahirkan di Negeri ini, dan dia penduduk normal di Negeri ini."

PSB membantah bahagian kedua pindaan perlembaga­an itu kerana PSB berdiri teguh dengan prinsipnya bahawa hanya individu yang dilahirkan di Sarawak adalah rakyat sejati Sarawak, dan boleh menjadi ADUN. Oleh yang demikian, tiada sebarang kelompanga­n boleh berlaku dalam mana-mana pindaan perlembaga­an yang membolehka­n warganegar­a Malaysia dari Semenanjun­g Malaysia dan Sabah untuk mengambil kesempatan. DUN Sarawak merupakan benteng pertahanan terakhir untuk Sarawak, dan sebuah badan perundanga­n. Kenapa pindaan perlembaga­an itu tidak mengandung­i perkataan yang jelas bahawa hanya rakyat Sarawak boleh menjadi ADUN Sarawak? Sebagai badan perundanga­n, kenapa membenarka­n potensi kecelaruan yang mungkin terpaksa dirungkai oleh mahkamah di kemudian hari?

Kami mengajak semua rakyat Sarawak untuk membaca sendiri RUU itu dan menentukan sama ada pindaan GPS menjadikan­nya mandatori bagi semua ADUN pada masa depan dilahirkan di Sarawak, seperti yang didakwa oleh Dr Sim, atau membuka pintu kepada mana-mana rakyat Malaysia (termasuk penduduk Semenanjun­g Malaysia dan Sabah yang tidak dilahirkan di Sarawak) menjadi ADUN, malah menjadi Ketua Menteri Sarawak; selagi salah seorang daripada ibu bapanya dilahirkan di Sarawak dan dia sendiri kini ‘penduduk normal’ di Sarawak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ‘Ditulis dan diluluskan oleh Parti Sarawak Bersatu’
478848H00
‘Ditulis dan diluluskan oleh Parti Sarawak Bersatu’ 478848H00

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia