Utusan Borneo (Sarawak)

20.13kg dadah dirampas di seluruh Sarawak sepanjang Oktober 2020

- Crime · Sarawak · Kyrgyzstan · Malaysia · Pope Francis

KUCHING: Sebanyak 20.13 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai RM413,378.17 dirampas agensi penguatkua­saan sepanjang Oktober tahun ini di seluruh Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullan berkata, jumlah itu merekodkan penurunan sebanyak 46.89 peratus berbanding September tahun ini iaitu 37.9 kg.

“Bagi tempoh 1 hingga 30 Oktober 2020, 20,138.82 gram (gm) atau 20.13kg pelbagai jenis dadah dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM Sarawak dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

“15kg adalah daun ketum, 3.0kg ganja, 304.34gm syabu atau methamphet­amine, 278.47gm ketamin dan 1,532.86gm ectasy.

“Bagi dadah berbentuk pil, 432 biji telah dirampas, 32 biji adalah pil eramin 5, 166 biji ectasy dan 208 biji Nospan,” katanya pada sidang media mengenai Laporan Berkala ‘One Stop Committee’ menangani isu dadah dan substance bagi Oktober 2020 di sini semalam.

Fatimah berkata, bagi tempoh 1 hingga 30 Oktober 2020, Sarawak merekodkan 692 kes melibatkan 742 tangkapan berkaitan penguatkua­saan aktiviti penyalahgu­naan dadah dan substance hasil 758 operasi dijalankan PDRM, Agensi Antidadah Kebangsaan

(AADK) Sarawak dan JKDM.

Menurutnya, bilangan kes direkodkan juga me-nunjukkan penurunan 27.51 peratus berbanding September

tahun ini (1,087 kes).

Memperinci­kan perkara itu, beliau berkata, 22 kes melibatkan 43 tangkapan adalah kesalahan membekal serta mengedar dadah dan substance.

“Daripada jumlah tersebut enam kes melibatkan sembilan tangkapan, di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak lebih 15 kali.

“111 kes melibatkan 146 tangkapan pula adalah kesalahan memiliki dadah dan substance,” katanya sambil menambah, bagi kesalahan positif urin di bawah Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952, sebanyak 559 kes melibatkan 553 tangkapan direkodkan di Sarawak.

Mengenai penyalahgu­naan dadah dan substance dalam kalangan pelajar Fatimah berkata di peringkat sekolah menengah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), 80 pelajar dikesan positif hasil ujian air kencing setakat ini tahun ini.

Menurutnya daripada jumlah tersebut, 11.25 peratus atau sembilan orang berjaya membebaska­n diri daripada penyalahgu­naan dadah bagi ujian susulan kedua dan ketiga semasa menjalani sesi rawatan, pemulihan serta kaunseling di sekolah.

Hadir sama Menteri Muda Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Rosey Yunus dan Datuk Francis Harden Hollis.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? MAKLUMAT: Fatimah (tengah) menunjukka­n Laporan Berkala‘One Stop Committee’menangani isu dadah dan substance bagi Oktober 2020. Turut kelihatan Rosey dan Harden.
— Gambar Roystein Emmor MAKLUMAT: Fatimah (tengah) menunjukka­n Laporan Berkala‘One Stop Committee’menangani isu dadah dan substance bagi Oktober 2020. Turut kelihatan Rosey dan Harden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia