Utusan Borneo (Sarawak)

Nafiez Zaidi dan Afifah Nasir dalam drama adaptasi ‘Hot Chocolate & Tea Lady’ di TV2

-

PENGGEMAR drama adaptasi novel usah ketinggala­n meluangkan masa menyaksika­n drama dengan tajuk sama ‘Hot Chocolate & Tea Lady’ karya Ramlah Rashid mengisi slot Saranghaey­o di saluran TV2, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1.00 tengah hari.

Drama 13 episod di bawah arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar ini menggandin­gkan pelakon utama Nafiez Zaidi dan Afifah Nasir, selain turut dibantu pelakon Farah Wahida, Ungku Hariz, dan Kay Maria.

Latar ceritanya bermula dengan memperkena­lkan babak pertemuan pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu.

Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat.

Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa gadis itu adik tirinya.

Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki.

Setelah lama mengenali keperibadi­an Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperiste­rikan adik tirinya itu.

Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya.

Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil.

Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.

Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihka­n dendam dalam hati Elsa.

Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapusk­an Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati.

Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya?

Ikuti kesudahann­ya dalam drama bersiri ini hanya di TV2.

 ??  ?? ADAPTASI NOVEL: Nafiez Zaidi dan Afifah Nasir dalam drama ‘Hot Chocolate & Tea Lady’ mengisi slot Saranghaey­o di TV2.
ADAPTASI NOVEL: Nafiez Zaidi dan Afifah Nasir dalam drama ‘Hot Chocolate & Tea Lady’ mengisi slot Saranghaey­o di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia