Utusan Borneo (Sarawak) : 2020-11-25

Tempatan : 9 : 9

Tempatan

Tempatan /9 Rabu, 25 November 2020 Ahli KRT PIDB Demak Laut dipilih baharu, ahli JKKK Pine Villa kekal Sumbangan Mohd Bohari Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) Pine Villa, Jalan Bako telah mengadakan mesyuarat untuk memilih ahli-ahli jawatankua­sa Kawasan Rukun Tetangga Pine Villa Dusun Bayu Demak Laut (KRT PIDB Demak Laut) dan ahli JKKK Pine Villa di sini, baru-baru ini. Mesyuarat yang dihadiri 20 penduduk ini memilih ahli-ahli jawatankua­sa untuk sesi 2020-2022. Bagi KRT PIDB Demak Laut, mesyuarat sebulat suara memilih Ishak Sabtu selaku pengerusi, Naza Bujang timbalan pengerusi, Intan Zahirah Jamali selaku setiausaha, Hariman Salleh sebagai penolong setiausaha, Mahsin Sekan sebagai bendahari dan baki penduduk yang hadir mesyuarat secara automatik dilantik sebagai ahli-ahli biasa KRT PIDB Demak Laut. Sementarab­agiJKKKPin­e Villa, mesyuarat bersetuju mencadang dan menyokong ahli-ahli jawatankua­sa yang lama dikekalkan. Mereka yang kekal memegang jawatan untuk sesi 2020-2022 ialah Muhamad Bohari selaku pengerusi, Ishak Sabtu kekal sebagai setiausaha dan Siti Hawa Muhamad selaku bendahari. Ahli-ahli jawatankua­sa pula ialah Abdullah Borda, Ismuni Seruji, Mohamnad AHLI Idrus Putit, Bong See Chin, Ustaz Romzi Hanikal, Yahidi Yusuf, Hasnizal Jamaluddin, Halimah Abang Dai, Alban Hafsyam Kon Abdullah, Mahsin Sekan, Azrizan Bujang serta dua ahli dilantik iaitu Marzuki Abdullah dan Buseri Ghazali. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pegawai Perpaduan Bahagian Kuching Sarawak Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Bahagian Kuching, Hamdi Omar dan Ketua Kampung kawasan Taman Pine Villa, Demak Laut iaitu Muhamad Bohari.