Majlis pertemuan artis Pentas Dondang Sayang

Berita Harian - - GAH! -

PADA 1970-an dan 1980-an, ramai sering menonton rancangan popular mingguan televisyen Kelab Dondang Sayang.

Keakraban kebanyakan artis veteran dalam rancangan itu berterusan hingga kini dan mereka berusaha bertemu bagi meneruskan silaturahim.

Oleh itu pada 8 Oktober ini, sebahagian artis yang pernah terlibat dalam rancangan tersebut akan berkumpul lagi dalam satu majlis yang dinamakan Pentas Dondang Sayang di Ballroom d’ Pelangi di Hotel Novotel, River Valley Road.

Dianjurkan Sekawan Bintang, majlis itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara rakan artis dan penggiat seni tanahair, kata penyelarasnya, Encik Karim Iskandar.

“Kami mahu menghidupkan keindahan irama dondang sayang di samping mengeratkan hubungan sesama penggiat seni hiburan tanah air.

“Apabila berjumpa, bolehlah kami saling bertanya khabar dan menjalinkan hubungan yang terputus,” kata Encik Karim.

Selain itu, satu majlis penyampaian anugerah penghormatan juga akan diadakan. Anugerah itu akan diberi kepada beberapa seniman veteran.

Mereka yang ingin menghadiri majlis ini boleh menempah tempat duduk dengan menghubungi Encik Karim menerusi 9052-8805.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.