Hadiah bagi pelanggan, pembeli BH di pameran perkahwinan

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

ANDA akan mendapat minuman 6-pek Yeo’s percuma bernilai $2.70 dengan hanya membeli dua naskhah surat khabar Berita Harian (BH) dari hari ini hingga Ahad ini.

Pek minuman percuma ini hanya boleh didapatkan di gerai BH di pameran Perkahwinan Asia 2017 di Dewan 5B, Singapore Expo.

Mereka yang melanggan BH selama satu tahun di acara tersebut pula akan menerima baucar pasar raya FairPrice bernilai $50. Ia untuk pelanggan baru sahaja.

Mereka yang ingin memperbaharui langganan mereka selama satu tahun di gerai BH di acara itu akan mendapat baucar FairPrice bernilai $30.

Mereka yang melanggani BH juga berpeluang memenangi cabutan bertuah segera menerusi lucky dip.

Hadiahnya termasuk kamera Canon Ixus; peralatan senaman OTO e-shape, OTO e-twirl dan pelbagai lagi.

Promosi itu ditawarkan dengan terma dan syarat tertentu.

Bagi pelanggan melanggani pakej ‘BH Semua-Dalam Satu’ (akhbar + online + iPad + android + HTML5) yang berharga $18.99 sebulan, mereka sebenarnya membayar harga lebih rendah kerana ia termasuk versi digital dan cetak akhbar BH.

Anda juga boleh melanggan akhbar cetak BH sahaja pada harga $15.90 sebulan atau wadah digital berharga $19.90 sebulan.

Hubungi 6388-3838 atau layari laman bhsub.sg untuk melanggan dan mendapatkan maklumat lanjut.

Gerai BH terletak berdekatan pintu masuk pameran tersebut dan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Pameran perkahwinan itu dianjurkan oleh MegaXpress International.

Pameran mengetengahkan beberapa syarikat perkhidmatan perkahwinan terkemuka di Singapura, perancang perkahwinan, juruhias, jurusolek, butik pengantin, jurufoto dan juruvideo, pembekal kad jemputan kahwin, kek dan pakej bulan madu di rantau Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia.

MegaXpress turut menyediakan tawaran hebat promosi istimewa jualan stok pasca Hari Raya Haji seperti produk dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Timur Tengah dan Afrika – aksesori eksotik, kraf tangan, hiasan rumah, produk kecantikan dan bermacam lagi.

Antara artis yang bakal muncul ialah Roslan Shah, Raja Emma, Lana Nodin, Jasmine Ashraff, Noorshila Amin, Ifa Raziah, Khai Bahar, Fathia Latiff, Zara Zya dan Elfira Loy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.