Tawaran bufet ‘beli satu, dapat satu’

Berita Harian - - KELUARAN KHAS WALIMATUL URUS - AREF A GHOUSE

TAWARAN makanan bufetnya – ‘beli satu, dapat satu percuma’ – sememangnya memikat hati dan menjimatkan.

Malah, ia cukup berbaloi, dengan sajian lebih 50 jenis makanan bufet Asia tempatan, Barat dan Mediterranean, yang menyelerakan.

Justeru, tidak hairanlah dua restoran – Royal Palm@Orchid Country Club (OCC) dan Restoran Landmark – yang menawarkan promosi menggoda selera ini, menjadi pilihan pelanggan dan mendapat sambutan memberangsangkan.

Promosi one for one sempena sambutan Hari Kebangsaan yang lalu ditawarkan sejak 1 Ogos dan berakhir pada 30 September ini.

Ini bermakna jika anda datang berdua, hanya seorang perlu membayar, sementara seorang lagi menikmati jamuan percuma.

Anda bersama keluarga atau teman boleh menikmati promosi di kedua-dua restoran ini untuk makan tengah hari, hi-tea dan makan malam, pada hari dan waktu yang ditetapkan, kata Pengarah Kumpulan, Penjualan dan Pemasaran Restoran The Landmark, Encik Ali Abbas.

Di Royal Palm, harga sajian bufetnya ialah $40++ untuk dewasa dan $15++ untuk kanak-kanak (berusia tiga hingga tujuh tahun) untuk sajian pada hari dan waktu berikut:

* Makan tengah hari 1+1 (12 tengah hari hingga 2 petang), Isnin hingga Ahad.

* Hi-Tea 1+1 (2.30 hingga 4.30 petang), Sabtu dan Ahad.

* Makan malam 1+1 (6.30 petang hingga 10 malam), Isnin hingga Khamis.

Di restoran Landmark pula, anda sekeluarga boleh menikmatinya seperti berikut:

* Hi-Tea 1+1 (3 hingga 5 petang) setiap Sabtu dan Ahad.

Harganya ialah $45++ untuk dewasa dan $15++ untuk kanakkanak.

Menunya termasuklah:

* Sajian Utama (ayam panggang sumbat dengan sos rosemary, filet ikan, sayur goreng dengan sos tiram dan lain-lain)

* Stesen Live (ayam shawarma, piza, sate kambing/ayam/lembu)

* Makanan Laut Atas Ais dan Pencuci Mulut (aneka pastri Danish, mini eclairs, aneka muffin) dan banyak lagi.

“Kami ingin memenangi hati pelanggan dengan promosi dan sajian lazat ini. Kami gembira mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai,” ujar Encik Ali.

Untuk tempahan, hubungi 6555-2165 (Royal Palm@OCC) dan 6299-7786 (Restoran The Landmark).

Untuk berkunjung ke Restoran Royal Palm@OCC, anda boleh menaiki bas ulang-alik percuma dari stesen MRT Yishun ke Orchid Country Club – setiap 15 minit dari pagi hingga malam. Tempat letak kenderaan yang lapang dan percuma juga disediakan di OCC.

Restoran Royal Palm@OCC terletak di 1 Orchid Club Road, Orchid Country Club, #01-21/22 Social Club House (Pool Side).

LAZAT DAN BERBALOI: Restoran

Landmark dan restoran Royal Palm@OCC memberi promosi bufet ‘beli satu, dapat satu’ dengan hidangan lebih 50 jenis makanan. – Foto THE LANDMARK RESTAURANT

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.