Seniwati Sarimah kongsi panduan kesihatan di seminar

Berita Harian - - KELUARAN KHAS WALIMATUL URUS - NASUHA AZMI

DEMI membantu lebih ramai orang menikmati kesihatan, seniwati Datuk Dr Sarimah Ahmad berkongsi ilmu tentang kesihatan dan kecantikan baru-baru ini.

Menerusi syarikat Primadona Singapura, beliau telah tampil di satu seminar untuk memberi panduan tentang penjagaan kesihatan, memilih produk kesihatan yang sesuai serta penggunaan mesin air yang baik yang didapati dapat memanfaatkan kesihatan.

Pengarah urusan Primadona Singapura, Encik Azman Ari, berkata bahawa sambutan terhadap seminar itu amat menggalakkan, malah ramai mencadangkan agar ia dianjurkan lagi.

“Harapan Primadona Singapura adalah berkongsi panduan mengenai penjagaan kesihatan dan juga kebaikan produk Sarimah Signature Series.

“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, maka dengan itu, dengan pengetahuan am yang baik tentang penjagaan kesihatan dan pegambilan produk yang baik, saya harap kami membantu masyarat Melayu menjadi lebih sihat dan segar,’’ kata Encik Azman.

Primadona Singapura merupakan syarikat pertama yang mengedarkan Sarimah Signature Series di Singapura.

Produk kesihatan itu sesuai untuk pelbagai peringkat umur, kata Encik Azman. Ia terdiri daripada rangkaian produk seperti Sari AgeGard, Sari StemShape, Sari StemSenorita, Sari StemSenor dan Sari Stem Serum.

Menurut Encik Azman lagi, sekitar 80 peratus daripada pelanggan mereka mengulangi pembelian produk Sarinah Signature Series kerana berasa ia bermanfaat untuk mereka.

Produk paling laris adalah Sari AgeGard yang mengandungi Vitamin B17 yang membantu merawat penyakit barah.

DATUK DR SARIMAH: Beri ceramah kesihatan di seminar mengenai penjagaan kesihatan dan memilih produk kesihatan sesuai baru-baru ini. – Foto NIZAM ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.