Langgar sekatan atas Korea U: Empat kapal dilarang berlabuh

Berita Harian - - BERITA DUNIA -

NEW YORK:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan larangan berlabuh kepada empat kapal yang didapati melanggar syarat sekatan terhadap Korea Utara, kata ketua panel pakar.

“Terdapat empat kapal yang sudah disenaraikan majlis. Penyenaraian bukan bermaksud aset dibekukan atau larangan pelayaran tetapi larangan berlabuh,” kata penyelaras panel Majlis Keselamatan Pakar sekatan Korea Utara, Encik Hugh Griffiths.

Menurut Encik Griffiths, mereka mendapati semua kapal terbabit membawa barangan larangan.

“Ini adalah tindakan pantas dan sangat tegas majlis,” katanya. – AFP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.