Datuk Vida kecil hati tidak dipanggil berucap

Berita Harian - - GAH! -

DRAMA di sekitar program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) sudah bermula sebelum rancangan ini membuka tirainya.

Menerusi beberapa lampiran pos Instagram beliau, penaja Datuk Seri Vida, yang nama sebenarnya Hasmiza Othman, berkecil hati beliau tidak dipanggil ke pentas bagi memberi ucapan.

“Saya sakit hati. Saya gigih berpakaian cantik. Kenapa saya tidak dipanggil? Tidak boleh ke saya naik atas pentas bagi memperkenalkan diri?

“Mahu saya rebut mikrofon lagi ke untuk perkenalkan saya ini penaja?

“Saya ingat saya sudah jadi artis, tidak perlulah begitu,” katanya.

Datuk Vida, pengeluar produk Pamoga dan Qu Puteh, penaja GV sejak tiga musim lepas.

Menurutnya, penampilannya di sidang akhbar kelmarin tidak berbaloi kerana langsung tidak diundang bagi memperkenalkan diri selaku penaja utama.

“Saya belanja punyalah banyak. Saya memang tak tahan. Saya tidak makan dengan mereka (selepas majlis). Saya lari.

“Takkan saya nak naik atas pentas buat tak tahu dan memperkenalkan diri. Saya boleh buat tetapi saya tunggu mereka beri penghargaan kepada penaja.

“Saya tertanya-tanya kenapa mereka buat saya begini? Saya pun ada hati dan perasaan,” katanya.

BELUM BERMULA, SUDAH KECEWA: Sebagai penaja utama Gegar Vaganza sejak musim pertama, Datuk Seri Vida terkilan tidak diundang menyampaikan ucapan dalam sidang akhbar kelmarin. – Foto fail

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.