Maliki turut hadiri pertunjukan udara di Dubai

Berita Harian - - BERITA -

MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman yang berada di Dubai sejak kelmarin telah menghadiri pertunjukan Dubai Airshow 2017, menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.

Pertunjukan dwitahunan itu adalah di bawah naungan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan penguasa Emirate di Dubai.

Diperkenalkan pada 1989, Dubai Airshow dianjurkan oleh Tarsus F&E LLC Middle East sempena Penguasa Penerbangan Awam Dubai, Dubai Airports dan Pasukan Pertahanan UAE.

Pada petang semalam, Dr Maliki telah menziarahi Menteri Negara bagi Ehwal Pertahanan UAE, Encik Mohammed Bin Ahmad Al Bawardi.

Kedua-duanya pemimpin itu telah membincangkan cara mengukuhkan lagi ikatan persahabatan antara Singapura dengan Dubai dan telah mengadakan perbincangan lanjut mengenai hubungan dua hala dalam bidang ketenteraan.Dr Maliki telah melahirkan penghargaan Singapura atas sokongan UAE kepada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ketika dihantar bertugas sebagai sebahagian pakatan antarabangsa menentang ancaman ISIS.

Di Dubai, Dr Maliki juga mengambil kesempatan mengadakan jamuan malam bersama pemimpin masyarkat Singapura di sana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.