Kadar ERP dikurangkan di beberapa gantri

Berita Harian - - BERITA -

BAYARAN Elektronik Jalan Raya (ERP) di jalan raya dan ekspreswe yang terpilih akan dikurangkan $1 semasa cuti sekolah Disember ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.

Ini menyusuli semakan kadar ERP bagi cuti sekolah Disember dan sejajar dengan penyelarasan kadar ERP sebanyak $1 bagi setiap Unit Kereta Penumpang (PCU).

Potongan itu berkuat kuasa dari 18 November hingga 30 Disember ini.

Contohnya, gantri di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) (selepas Jurong Town Hall ke arah bandar bagi tiga set gantri), kadar biasa $2 masa sibuk (7.30 hingga 8 pagi dan 6 hingga 6.30 petang) dikurangkan kepada $1, sementara waktu masuk pada 7 hingga 7.30 pagi dan 6.30 petang hingga 7 malam, yang kadar biasanya $1, tiada bayaran dikenakan mulai Sabtu ini.

Jalan raya lain yang turut dikurangkan termasuk Ekspreswe Bukit Timah (BKE) sebelum Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), East Coast Parkway (ECP) arah timur sebelum ke Ekspreswe KallangPaya Lebar (KPE), Thomson Road, Kallang Bahru, Geylang Bahru dan beberapa jalan lain.

Bagi gantri yang kadarnya 50 sen, tiada bayaran akan dikenakan.

Kadar ERP akan kembali seperti sediakala mulai 2 Januari depan.

Semakan kadar ERP seterusnya akan diadakan pada Februari tahun depan bagi semakan kadar suku tahun pertama 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.