Ruang khas gedung Courts di Tampines jadi tarikan

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

RUANG khas yang disediakan gedung Courts Singapore di Tampines Mega Store untuk para pelanggan mengalami sendiri pelbagai rangkaian peralatan rumah bijak mendapat sambutan ramai.

Apabila ruang itu dibuka secara rasmi kelmarin, ramai pelanggan mencuba pelbagai peralatan rumah dengan menggunakan jari-jemari masing-masing.

Courts menyediakan jualan runcitnya dengan menyediakan pelbagai huraian di bawah satu bumbung, termasuk untuk para pemilik rumah meningkatkan tahap keselamatan seperti melihat rakaman CCTV melalui alat mudah alih seperti telefon pintar.

Kesemua itu boleh didapati di Gedung Courts seluas sekitar 12,635 meter persegi (136,000 kaki persegi) yang baru sahaja menjalani transformasi.

Perubahan itu bertujuan menyuntik pengalaman baru buat pengunjung yang berbelanja di sana.

Konsep terbaru Courts Singapore membolehkan pelanggan bereksperimen dengan barangan dan perabot yang terdapat di gedung besar itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Courts Asia, Dr Terry O’Connor, berkata: “Reka bentuk semula Megastore menandakan peri pentingnya transformasi Courts kerana kami berjanji kepada pelanggan akan menawarkan lebih banyak lagi.

“Kami memberikan pengalaman hidup yang baik dan hebat dalam gedung yang boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua orang.’’

DAPAT SAMBUTAN RAMAI: Ruang khas yang disediakan gedung Courts Singapore di Tampines Mega Store untuk pelanggan mengalami sendiri pelbagai rangkaian peralatan rumah bijak. – Foto COURTS

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.