The Arts House perjelas sebab batal pelancaran buku kanak-kanak

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

THE Arts House telah menjelaskan urutan peristiwa yang menyebabkan pelancaran buku kanak-kanak di premis tersebut telah dibatalkan, sekali gus memberikan maklumat bertentangan dengan apa yang didakwa oleh penerbitnya awal sebelum ini.

Buku The Phantom Of Oxley Castle sepatutnya dilancarkan Sabtu ini.

Judul dan jalan ceritanya mengingatkan ramai kepada perselisihan faham melibatkan keluarga Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan hartanah di 38 Oxley Road.

Ahad lalu, ketua eksekutif Epigram Books, Encik Edmund Wee, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa The Arts House telah memberitahunya melalui telefon pada hujung minggu bahawa ia “tidak mahu pelancaran buku itu berlaku di premisnya”.

Ditanya mengenai hal itu kemudian, jurucakap The Arts House berkata keputusan muktamad untuk membatal atau menangguhkan acara tersebut dibuat oleh Epigram Books.

Dalam satu kenyataan kelmarin, The Arts House berkata Epigram Books bertanya kepada pihaknya September lalu untuk melancarkan buku Dream Island – The Mad, Mad World Of Philip Yeo yang mengandungi komponen kebajikan.

Bulan lalu pula, Epigram Books bercadang memperluas pelancaran kepada dua buku, dan ini termasuk The Phantom Of Oxley Castle yang dipersetujui oleh The Arts House.

Pada hujung minggu, The Arts House memberitahu Epigram Books bahawa terdapat “perbualan media dalam talian” mengenai The Phantom of Oxley Castle.

Ia “menekankan bahawa perkembangan ini mungkin mempunyai implikasi pada pelancaran Dream Island, yang telah menjadi buku asal (ia) telah ditemui serta komponen amal”.

Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada “proses biasa untuk terlibat dalam dialog terbuka” dengan pengguna tempat, katanya. Ia menambah:

“The Arts House sama sekali tidak memberitahu Epigram Books bahawa kami tidak mahu pelancaran buku itu berlaku di premis kami.”

Epigram Books memutuskan untuk membatalkan pelancaran buku Oxley Castle bagi memberi tumpuan kepada Dream Island, kata kenyataan The Arts House, sambil menambah bahawa pihak penerbit menyampaikan keputusannya itu melalui Facebook.

Ketika ditanya mengenai kenyataan The Arts House, Encik Wee memberitahu The Straits Times kelmarin:

“Saya bersedia menerima bahawa terdapat salah faham antara The Arts House dengan saya.”

Beliau enggan mengulas lanjut. Awal tahun ini, satu pertikaian berlaku antara Encik Lee dengan dua adiknya, Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang, berhubung nasib rumah keluarga mereka di 38, Oxley Road, menyusuli kematian ayah mereka, Bapa Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

PERJELAS KEDUDUKAN: The Arts House menyangkal dakwaan penerbit buku The

Phantom Of Oxley Castle yang ia enggan melancarkan buku tersebut di premis mereka yang terletak di Old Parliament Lane. Jalan cerita buku ini yang mengingatkan ramai kepada perselisihan faham keluarga Perdana Menteri Lee Hsien Loong, sepatutnya dilancarkan Sabtu ini namun dibatalkan kecuali pelancaran satu buku lain. – Foto LOCAL BOOKS SG

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.