Kenyataan Belanjawan disampaikan mulai 3.30 petang, 19 Feb

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

KENYATAAN Belanjawan Singapura bagi tahun kewangan 2018 (FY2018) akan disampaikan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, mulai 3.30 petang di Parlimen Isnin depan.

Ucapan Belanjawan secara langsung itu boleh diperolehi melalui laman web Belanjawan Singapura di www.singaporebudget.gov.sg, ujar Kementerian Kewangan (MOF) dan unit maklum balas pemerintah Reach, dalam kenyataannya semalam.

MOF turut bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf) untuk menyediakan tafsiran dalam bahasa isyarat daripada Ucapan Belanjawan secara serentak.

Di samping itu, pengumuman utama daripada ucapan boleh diperolehi mengikut masa nyata di akaun media sosial Facebook MOF serta Twitter.

Orang ramai boleh menggunakan hashtag #SGBudget2018 untuk membaca ‘tweet’ dan pos berkaitan Belanjawan.

Mereka juga boleh melanggan senarai kenyataan Belanjawan bagi mendapatkan kenyataan penuh melalui e-mel sejurus selepas ia disampaikan.

Perkhidmatan itu dibuka untuk pendaftaran dari sekarang hingga lusa.

Terdapat beberapa saluran maklum balas bagi orang ramai memberikan pandangan selepas itu.

Ia termasuk laman web Belanjawan Singapura, forum perbincangan Reach, web mikro Belanjawan Reach, Facebook Reach Singapore dan talian bebas tol Reach di 1800353-5555.

Pada 28 Februari pula, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, akan mempengerusikan Perbincangan Belanjawan 2018 Reach-Berita Harian, dalam Bahasa Melayu.

Untuk keterangan lanjut, e-mel Reach di reach@reach.gov.sg atau kunjungi web mikro Reach Budget 2018.

ENCIK HENG SWEE KEAT: Akan sampaikan Belanjawan Singapura bagi tahun kewangan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.