Ubah tajuk berita: Lima pentadbir kumpulan FB minta maaf

Berita Harian - - BERITA -

“Pos Facebook itu direka dengan tuduhan palsu dan tidak berasas, dan ini menjejas kesaksamaan dan kewibawaan Mahkamah Rayuan,” kata AGC, sambil menambah bahawa mereka sudah menulis kepada lima individu terbabit Jumaat lalu.

Antaranya ialah Cik Ng Kwee Lay, yang mengesahkan pos Encik Neo dan mengizinkan pos tersebut dimuatnaikkan ke laman Facebook.

“Dengan tidak memadam pos itu daripada Facebook kumpulan itu antara 2 dengan 5 Februari lalu, walaupun sedar pos sudah disiarkan, Encik Ong Sooi Eng, Encik Lee Leng Kok, Cik Tan Siew Tee dan Encik Yap Tze Kiat, sama seperti pentadbir kumpulan Facebook lain, juga telah menyebabkan penyiaran pos Facebook itu,” ujar AGC.

Pos Encik Neo memaparkan muka depan dengan tajuk berita dipalsukan.

Tajuk berita asal yang bermaksud undang-undang terkebelakang menyelamatkan pengasas gereja Kong Hee dan pesalah lain daripada menerima hukuman lebih teruk.

Tajuk berita palsu pula bermaksud seorang peguam PAP menyelamatkan mereka – merujuk kepada Encik Edwin Tong, AP GRC Marine Parade yang juga peguam Kong semasa perbicaraan.

Lima pentadbir itu mematuhi tuntutan AGC supaya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengeluarkan sebarang pos yang menghina mahkamah di Facebook kumpulan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.