Kediaman keluarga berpendapatan rendah dikemas dan dibersih sempena Tahun Baru Cina

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

berpendapatan rendah yang rumah mereka dikemas dan dibersihkan secara percuma sebagai sebahagian daya usaha A-Better-Home @ North East.

Ahad lalu, pertubuhan akar umbi, kontraktor dan relawan turun padang menyebarkan keceriaan kepada keluarga ini sempena musim perayaan ini.

Di Woodlands pula, seramai 30 relawan Melayu membantu lapan keluarga Cina dan penduduk warga emas mengemas rumah mereka, mengelap habuk dan menyental lantai tandas di flat satu bilik mereka.

Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, yang juga Anggota Parlimen GRC Sembawang berkata:

“Usaha membantu mengemas rumah mereka ini bukan sahaja memaparkan semangat kemasyarakatan kita yang kukuh tetapi juga menyampaikan mesej kuat tentang hubungan antara kaum kita yang kukuh.”

Sementara itu, di Hong Kah North pula, dua keluarga yang tinggal di flat sewa menerima almari dan meja makan baru sementara 200 keluarga pula menerima pelbagai barangan makanan dan hong bao berisi $28.

Barangan itu ditaja agensi hartanah ERA Realty Network, yang menderma $43,000 untuk membantu penduduk di Hong Kah North.

Baki wang derma itu dimasukkan ke dalam dana HKN SG Cares Fund, yang bertujuan membantu keluarga memerlukan.

BAWA KECERIAAN: Anggota Parlimen Hong Kah North, Cik Amy Khor (tengah) dan para pemimpin akar umbi memasang meja makan baru untuk diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah. – Foto HONG KAH NORTH CO

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.