Pritam Singh dijangka pimpin Parti Pekerja

Langkah susuli pengunduran Low Thia Khiang sebagai setiausaha agung parti

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

PENOLONG setiausaha agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singah, kian muncul sebagai pilihan utama untuk memimpin parti itu, selepas tiga Anggota Parlimen (AP) WP berkata mereka menyokong pelantikannya dan tidak berminat menjadi pesaing, menurut akhbar The Straits Times (ST).

Tiga anggota WP itu adalah AP Tanpa Kawasan Undi, Profesor Daniel Goh, Encik Leon Perera dan Encik Dennis Tan.

Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, juga berkata beliau tidak berminat menjadi Setiausaha Agung dan bercadang untuk kekal dalam jawatannya itu.

Menurut pihak yang rapat dengan WP, Encik Singh juga adalah pilihan jelas untuk Encik Low Thia Khiang, yang kini memimpin WP sebagai Setiausaha Agung.

Namun, yang menjadi tanda tanya adalah sama ada AP GRC Aljunied, Encik Chen Shaw Mao, akan bersaing dengan Encik Singh untuk jawatan tersebut.

Encik Chen, 57 tahun, enggan memberi komen semasa ditanya oleh ST sama ada beliau bercadang bersaing untuk jawatan setiausaha agung.

Encik Chen bertanding bagi jawatan tersebut di pengundian jawatankuasa eksekutif pusat dwitahunan yang lalu pada 2016, tetapi beliau tewas kepada Encik Low dengan 16 undi.

Encik Low, 61 tahun, mengumumkan November tahun lalu beliau akan mengundur diri untuk memberi laluan kepada pemimpin baru.

Walaupun Encik Singh, 41 tahun, seorang peguam, dilihat sebagai pilihan utama, nama AP WP lain seperti Dr Goh dan Encik Tan telah ditimbulkan sebagai calon.

Namun, kelmarin, mereka menyatakan penolakan untuk bersaing bagi jawatan itu, dan berkata Encik Singh adalah pilihan terbaik parti.

Menulis di Facebook, Dr Goh, 44 tahun, seorang pakar sosiologi berkata, Encik Singh adalah seorang pemimpin yang sedar akan kekurangannya dan bekerja rapat dengan akar umbi parti untuk kebaikan Singapura dan warga Singapura.

Bercakap kepada ST, Encik Tan, 47 tahun, pula berkata:

“Saya setuju sepenuhnya dengan Daniel, bahawa Pritam lebih layak menjadi setiausaha agung yang seterusnya.”

Encik Perera, 46 tahun, juga meyuarakan sokongan kepada Encik Pritam bagi jawatan tersebut.

Apabila dihubungi Singh berkata:

“Anggota parti perlu memutuskan siapa yang mereka mahukan sebagai setiausaha agung mereka yang selanjutnya.”

Manakala seorang lagi AP WP, Encik Faishal Manap, tidak dapat dihubungi. ST, Encik

LEPASKAN JAWATAN: Encik Low Thia Kiang

DIJANGKA AMBIL ALIH: Encik Pritam Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.