Kadar penghasilan tumbuh paling pantas sejak 2010

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

DAYA penghasilan buruh mencatatkan kenaikan paling tinggi sejak tahun pemulihan pada 2010 selepas berlakunya krisis kewangan sejagat.

Diukur berdasarkan nilai tambah (VA) bagi setiap waktu bekerja sebenar (AHW), daya penghasilan buruh meningkat 4.5 peratus tahun lalu, lebih tinggi dari 1.8 peratus yang dicatatkan pada 2016, menurut Laporan Tinjauan Ekonomi 2017 dibentangkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.

Daya penghasilan sektor berorientasi luaran meningkat 6.7 peratus tetapi sektor berorientasi domestik menguncup 0.2 peratus.

“Prestasi kukuh daya penghasilan dalam ekonomi secara keseluruhan adalah kerana peningkatan musiman bagi daya penghasilan dalam sektor berorientasi luaran terutama sektor perkilangan,’’ kata Setiausaha Tetap MTI, Encik Loh Khum Yean, dalam sidang akhbar semalam.

Sektor-sektor luaran lain yang menunjukkan pemulihan daya penghasilan “Prestasi kukuh daya penghasilan dalam ekonomi secara keseluruhan adalah kerana peningkatan musiman bagi daya penghasilan dalam sektor berorientasi luaran terutama sektor perkilangan.’’ termasuk dagangan borong serta kewangan dan insurans.

Namun, daya penghasilan dalam sektor domestik seperti binaan masih lemah.

“Meningkatkan daya penghasilan dalam sektor domestik merupakan satu usaha berterusan dan rombakan diperlukan melalui pelaksanaan Perancangan Perubahan Industri (ITM),’’ jelas Encik Loh.

Sementara itu, satu laporan khas dijalankan MTI yang menganalisa daya penghasilan buruh di Singapura menunjukkan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura semakin didorong oleh pertumbuhan daya penghasilan sejak beberapa tahun lalu daripada pengambilan pekerja.

Tahun lalu, pertumbuhan daya penghasilan sebanyak 4.5 peratus melebihi pertumbuhan GDP sebanyak 3.6 peratus.

GDP negara tumbuh 3.9 peratus setahun bagi tempoh 2010 hingga 2017, dengan daya penghasilan menyumbang 2.1 peratusan mata kepada pertumbuhan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.