MAS, Bank Pusat Mesir jalin perjanjian perkukuh kerjasama teknologi kewangan

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Bank Pusat Mesir (CBE) telah menjalin perjanjian memperkukuhkan kerjasama dalam bidang teknologi kewangan (fintech).

Menurut kenyataan MAS semalam, perjanjian itu akan membolehkan kededua pihak merujuk kepada syarikat fintech satu sama lain supaya dapat saling memanfaatkan sokongan supaya lebih memahami rejim pengawalan di negara masing-masing.

Perjanjian kerjasama itu telah dimeterai semasa satu persidangan, ‘Seamless North Africa 2018’ (di bawah naungan CBE), yang tertumpu kepada pembayaran, fintech dan perdagangan dalam talian.

Di bawah perjanjian itu, ia menjelaskan tentang rangka kerja bagi MAS dan CBE menerokai projek inovasi yang berpotensi di samping berkongsi maklumat tentang trend fintech yang baru.

Ketua Pegawai FinTech MAS, Encik Sopnendu Mohanty, berkata dalam kenyataan berkenaan:

“Kami gembira bekerjasama dengan CBE dalam bidang fintech.

“Sistem eko fintech di Singapura dan Mesir memiliki peluang yang unik dan perjanjian ini menandakan komitmen MAS dan CBE bagi mempercepatkan pertumbuhan fintech menerusi kerjasama dan perkongsian pengetahuan.

“Kami yakin ini akan mewujudkan lebih banyak peluang buat syarikat fintech di antara negara kita.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.