Presiden Filipina Rodrigo Duterte bebas barah: Menteri

Berita Harian - - BERITA DUNIA -

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte disahkan bebas barah selepas menjalani ujian kesihatan di hospital swasta, kata pemangku Menteri Dalam Negeri negara tersebut semalam.

“Beliau memberitahu kami bahawa keputusan ujian negatif, iaitu ujian membabitkan contoh daripada ususnya,” kata Encik Eduardo Ano kepada wartawan. Beliau berkata Encik Duterte mendedahkan perkara itu dalam mesyuarat kabinet kelmarin.

Khabar angin mengenai keadaan kesihatan Encik Duterte kembali tersebar selepas presiden berusia 73 tahun itu tidak muncul dalam dua acara rasmi minggu lalu, termasuk mesyuarat bersama menteri kabinet. – Reuters.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.