Kencing manis semasa hamil boleh sebabkan risiko kesihatan pada ibu, bayi

Berita Harian - - SUKAN -

KENCING manis semasa mengandung (GDM) merupakan sejenis kecing manis yang terjadi hanya semasa hamil.

Ia berlaku apabila tubuh tidak menghasilkan insulin mencukupi (hormon yang penting dalam mengawal kadar glukos darah) untuk memenuhi keperluan tambahan dalam kehamilan.

Ini akan menyebabkan kadar glukos darah lebih tinggi berbanding biasa.

Menyatakan demikian, Konsultan Pusat Wanita Hospital Universiti Nasional (NUH), Dr Claudia Chi, berkata kencing manis sedemikian biasanya bermula di pertengahan atau akhir tempoh kehamilan.

Sekiranya dikesan di peringkat awal kehamilan, kemungkinan kencing manis telah wujud sejak sebelum hamil.

“Kebanyakan wanita yang menghidap kencing manis sedemikian mempunyai kehamilan sihat dan bayi yang sihat.

“Namun kadangkala, kencing manis semasa mengandung boleh sebabkan masalah serius terutamanya jika ia tidak dikenal pasti atau kadar glukos darah tidak dikawal rapi,” jelasnya.

SATU acara sempena Kesihatan Mental Sedunia berlangsung di Wisma Geylang Serai (WGS), Ahad lalu.

Antara lain, satu perkongsian mengenai isu-isu yang menyentuh kekeluargaan termasuk sang suami mengalami kemurungan akibat dibuang kerja sehingga menjejas seluruh anggota keluarga telah dibincangkan di acara itu.

Terdapat juga kegiatan bermain angklung bersama serta persembahan lakonan di acara anjuran pertubuhan akar umbi Geylang Serai bersama pertubuhan Silver Ribbon.

Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Profesor Madya Fatimah Lateef, berkata:

“Terdapat penglibatan aktif daripada hadirin di mana mereka cuba perbetulkan senario yang dibentangkan tentang isu kekeluargaan.”

Sementara itu, satu forum kesihatan berkaitan kencing manis bakal berlangsung di bangunan WGS, Ahad ini mulai 2 hingga 6 petang.

Forum yang diadakan dalam bahasa Melayu sempena Bulan Bahasa itu mengetengahkan beberapa pakar kesihatan yang akan membincangkan beberapa topik penting.

Antaranya termasuk kencing manis di Singapura dan rawatannya, serta yang berkaitan dengan kehamilan, mata, ginjal, gigi serta senaman dan disampaikan doktor yang juga anggota Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).

Masuk percuma.

Glukos merentasi plasenta secara mudah, justeru kadar glukos darah yang tinggi (hiperglisemia) dalam ibu itu menyebabkan kadar glukos darah dalam bayi yang masih dalam kandungan, naik tinggi.

Akibatnya bayi itu menghasilkan lebih insulin untuk mengurangkan kadar glukos darahnya.

“Ini kemudian boleh membuat bayi itu tumbuh lebih besar daripada normal, terutamanya di sekitar perut, dan meningkatan kemungkinan memerlukan rawatan bagi mendorong kelahiran, sukar melahirkan, atau trauma semasa lahir.

“Akan terdapat sedikit peningkatan risiko bayi meninggal dunia dalam rahim apabila si ibu tidak mendapatkan rawatan bagi kencing manis semasa mengandung.

“Insulin tambahan yang dihasilkan bayi semasa kehamilan boleh menyebabkan kadar glukos darah menjadi rendah dalam bayi selepas lahir,

“Bayi itu juga berisiko lebih tinggi mengalami masalah pernafasan dan penyakit kuning,” jelas beliau.

Apabila berlakunya kencing manis semasa mengandung, maka risiko si ibu menghidap tekanan darah

Sebelum itu, akan diadakan juga satu kegiatan berupa perlumbaan antara 11 pagi dengan 12.30 tengah hari di tempat yang sama.

Acara yang diberi nama Berlumba Untuk Sihat! itu bakal berlangsung di WGS dan memerlukan setiap kumpulan (empat anggota) menjawab soalan atau menyertai kegiatan di setiap gerai.

Kumpulan pertama yang berjaya menamatkan arahan akan diberi hadiah menarik. tinggi yang diberi nama pre-eclamsia semasa kehamilan adalah tinggi.

Tambahan, ibu yang menghidap kencing manis semasa mengandung berkemungkinan besar menghidap kencing manis Jenis 2 dalam kehidupannya kelak.

“Meskipun dalam banyak kes kadar glukos darah kembali normal dalam tempoh enam minggu selepas melahirkan bayi, wanita sedemikian berisiko tujuh hingga 10 kali lebih tinggi menghidap kending manis Jenis 2 kelak.

“Bayi juga berisiko lebih tinggi menjadi obese dan menghidap kencing manis dalam kehidupannya,” kata Dr Chi.

Dalam e-mel berasingan, Ketua dan Konsultan Kanan Pusat Wanita NUH, Profesor Yong Eu Leong, memberitahu bahawa risiko berlakunya kencing manis Jenis 2 dalam kehidupan bertambah sehingga tujuh kali bagi wanita yang menghidap GDM.

Namun kajian telah menunjukkan bahawa amalan gaya hidup sihat dan mengurangkan berat badan secara sederhana dapat mengurangkan risiko kencing manis jenis kedua dengan banyak.

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan kumpulan mereka (dengan nama ikon Melayu seperti ketupat, tanjak, kebaya atau alain-lain lagi) dan dijadikan maskot sehingga ke garis penamat, dengan menghantar WhatsApp kepada 8750-7937.

Sertakan nama acara (Berlumba Untuk Sihat) dan catatkan nama ikon kumpulan, serta nama peserta (seramai empat orang setiap kumpulan).

ADA CIRI UNIK: Profesor Yong Eu Leong (kiri) dan Dr Lim Su Lin memeriksa aplikasi nBuddy mengandungi ciri-ciri unik yang menawarkan kandungan yang dikhususkan dengan sentuhan peribadi. – Foto NUH

PENGAJARAN MENERUSI SKETSA: Hadirin dapat mengaitkan mesej di sebalik sketsa yang dipersembahkan sempena Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung di WGS Ahad lalu. – Foto GEYLANG SERAI CC

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.