Pasukan basikal raih pingat pertamanya

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

jauh sebegini kerana apa juga boleh berlaku... beberapa kali kami cuba asingkan daripada kumpulan pelumba lain namun tidak berhasil, maka akhirnya kami ambil peluang dan rasa gembira kerana kami dapat lakukannya juga.

“Emily (Lee) bekerja keras dan amat sedar dengan semua arahan yang diberi kepadanya. Saya amat bangga dengannya,” ujar Tan.

Pasangan itu merupakan atlit Singapura yang meraih pingat paling banyak di Sukan Para Asean di Kuala Lumpur tahun lalu.

Di sukan itu, mereka raih lima pingat, salah satu daripadanya merupakan emas dan merupakan kali pertama pasukan berbasikal Singapura menjuarainya di sukan yang diadakan setiap dua tahun itu.

Sementara itu, pemain bowling negara, Diane Neo, kelmarin meraih pingat perak dalam pertandingan TPB4 single bagi wanita.

Ini menjadikan pingat yang diraih negara kepada dua emas, satu perak dan dua gangsa.

Sukan tersebut akan berakhir lusa.

GANDINGAN MENJADI: Emily Lee (kanan) dan Sarah Tan sama-sama bergandingan untuk meraih pingat gangsa dalam perlumbaan jalan raya sejauh 72 kilometer untuk wanita (B). – Foto SPORTSG

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.