Forum kurangkan berat badan secara sihat di CGH

Berita Harian - - WACANA -

ANDA hadapi masalah mengurangkan berat badan dan ingin mencapainya menerusi kaedah yang lebih sihat?

Apa kata anda daftarkan diri ke forum awam berjudul ‘Mengambill Kira Teknik Kurangkan Berat Badan Yang Berjaya’.

Pasukan jagaan kesihatan Hospital Besar Changi (CGH) akan berkongsi cara dan panduan tentang pendekatan perubatan untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan menerusi kaedah yang sihat.

Daripada diet, senaman kepada perubahan gaya hidup, pasukan yang terdiri daripada pakar berbilang disiplin akan menangani keprihatinan peserta bagi membantu mereka mencapai keputusan mengurangkan berat badan yang sempurna.

Forum yang berlangsung pada Sabtu ini akan bermula 1 petang sehingga 3.30 petang.

Masuk percuma, namun pendaftaran awal diperlukan.

Untuk mendaftar, sila lungsuri laman www.imcc2018.sg atau hubungi talian 6338 7941 untuk dapatkan maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.