Ahli perniagaan bantu anak yatim, golongan miskin sejak 13 tahun

Berita Harian - - BERITA DUNIA -

KOTA BHARU (Kelantan): Seorang ahli perniagaan setempat berbangsa Cina membantu anak yatim dan golongan miskin serta gelandangan sejak 13 tahun lalu.

Datuk Seri Sunny Ung menyediakan pelbagai jenis bantuan, daripada barangan keperluan harian kepada bantuan kewangan, untuk mereka.

Beliau juga tidak pernah meminta liputan daripada media setempat, kerana keikhlasannya dalam membantu golongan memerlukan.

Bagaimanapun, sumbangan Datuk Ung diiktiraf apabila beliau dianugerahkan penghormatan tertinggi dalam majlis Anugerah Pembangunan Usahawan Dunia Islam (MWEDA) di Langkawi baru-baru ini.

Datuk Ung berkata beliau terkejut menerima anugerah tersebut.

“Saya masih terkejut. Saya tidak pernah mengemukakan sembarang permohonan untuk memasuki pertandingan itu tetapi saya diberitahu bahawa liputan luas yang diberikan oleh media setempat di Kelantan menarik perhatian hakim,” katanya kelmarin.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di Langkawi pada Sabtu lepas.

Ahli perniagaan itu menarik banyak perhatian disebabkan usaha beliau membantu anak yatim dan orang tiada tempat tinggal, terutamanya semasa Ramadan.

Selain itu, beliau menyediakan bantuan bulanan kepada kira-kira 200 anak yatim untuk membantu mereka di sekolah.

Jun lalu, misalnya, beliau meneruskan program bantuan kepada golongan gelandangan sempena Hari Raya Aidilfitri di Kelantan dengan memberi derma kepada lebih 600 Muslim tiada tempat tinggal, termassuk dari negara jiran Thailand, di sekitar Masjid Muhammadi berhampiran Padang Bank.

Datuk Ung berkata beliau menghulurkan bantuan kerana tidak mahu mereka menghadapi kesukaran semasa musum perayaan.

Beliau menjalankan program tersebut setiap bulan puasa sejak lima tahun kerana sedang golongan sukar itu meminta sedekah untuk membeli makanan dan pakaian.

“Saya hanya mahu mereka dapat merayakan Hari Raya seperti orang lain,” katanya ketika itu. – NST.

HATI MURNI: Datuk Seri Sunny Ung (duduk, dua dari kanan) menarik banyak perhatian disebabkan usaha beliau membantu anak yatim dan orang tiada tempat tinggal, terutamanya semasa Ramadan. – Foto STPB

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.