Fatwa Muis izinkan penerimaan susu dari bank susu badan

Berita Harian - - BERITA SETEMPAT -

1. DALAM Islam, penyusuan ibu boleh menimbulkan pertalian mahram (haram dinikahi kerana hubungan kekeluargaan yang rapat). Apakah syarat-syarat kepada perintah ini?

Dua syarat utama bagi bayi itu menjadi mahram, atau anak susuan, yang wujud antara bayi dengan ibu susuan ialah:

Bayi itu perlu berusia kurang dua tahun; dan bayi itu perlu menyusu dengan ibu tersebut lima kali kenyang, yang bermakna setiap penyusuan itu membuat bayi itu benar-benar kenyang hingga ia menolak penyusuan itu.

2. Adakah menyusukan bayi pramatang dengan susu penderma daripada Bank Susu Badan KK akan menubuhkan pertalian kekeluargaan?

Bayi tidak akan minum susu daripada sumber seorang ibu hingga lima kali kenyang kerana susu yang diberi daripada bank susu bukan untuk membuatnya kenyang tetapi untuk membantu pembesaran organ dalam bayi itu.

Susu yang didermakan kepada bayi bukan melalui ‘direct latching’ (minum secara langsung daripada payu dara ibu) tetapi menerusi cara-cara yang lain.

3. Bolehkah bayi Muslim menerima susu daripada penderma bukan Muslim?

Boleh. Susu yang didermakan berfungsi sebagai ubat untuk menghindari penyakit serius dan membangunkan sistem pencernaan bayi dengan tujuan memelihara kehidupan manusia.

4. Adakah diet penderma yang bukan halal boleh menjejas susu badan yang akan didermakan?

Tidak. Susu badan mengandungi air, lemak, karbohidrat, protein, vitamin, mineral, asid amino, enzim dan faktor anti-infektif.

Apa-apa makanan yang tidak halal yang dimakan akan sepenuhnya diubah menjadi nutrien dalam susu badan.

Oleh itu, unsur-unsur tidak halal dalam diet seseorang tidak boleh dikatakan kekal dan dipindahkan ke produk akhir iaitu susu yang didermakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.