Noryn Aziz kekal tabah walau dilanda krisis rumah tangga

Berita Harian - - GAH! -

DI sebalik wajah yang sentiasa kelihatan yakin dan tidak lekang senyum, penyanyi Malaysia Noryn Aziz tidak menafikan bahawa emosinya terganggu akibat krisis rumah tangga yang dihadapinya kini.

Namun, Noryn berkata, demi masa depan, beliau mahu menumpukan perhatian pada kerjaya seni.

“Apabila tanya saya mengenai ini (kiris rumah tangga), tipulah kalau kata tak rasa apa… Cuma saya dah pesan pada diri supaya fokus pada kerjaya seni saya kerana itu masa depan saya.

“Saya bersyukur kerana kini saya pun sibuk dengan Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

“Saya tak mahu buang masa memikirkan masalah ini dengan bebanan itu dan perlu selalu berfikiran positif.

“Alhamdulilah saya dikelilingi orang yang sentiasa memberi kata semangat seperti ibu serta pengurus saya sendiri,” katanya kepada laman Gempak.

Julai lalu, suaminya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Noryn di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu.

Pada 10 Oktober lalu, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir dalam prosiding sebutan kali ketiga di depan Penolong Pendaftar Syarie Norhakimah Awang

Sungguhpun begitu, Noryn enggan mengulas lanjut mengenai kes rumah tangganya kerana masih dalam proses mahkamah.

“Buat masa sekarang, kes masih dalan proses mahkamah dan saya dinasihatkan oleh peguam agar tidak bercakap mengenai hal ini kerana bimbang saya tersilap kata.

“Lagipun, sebelumi ini pun saya jarang berkongsi kisah peribadi dan berharap semua boleh tunggu sahaja hingga ia selesai,” katanya.

Noryn, atau nama penuhnya Norazmahwati Abd Aziz, dan Raja Kamarul Bahrin diijabkabulkan pada 22 Januari 2010.

Hasil perakhwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Raja Bariq Umar Shah, kini berusia empat tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Singapore

© PressReader. All rights reserved.