Harian Metro

JEJASKAN KETERJAMIN­AN MAKANAN NEGARA

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my Kuala Lumpur Weather · Badminton · Disasters · Ecology · Drought · Sports · Natural Disasters · Malaysia · Kuala Lumpur · South Korea · Philippines · Taiwan · Pacific Ocean · Ahmad Ismail · Academy of Sciences Malaysia

Keadaan kemarau dan panas berpanjang­an bakal memberi kesan kepada semua, termasuk bidang pertanian serta penternaka­n, kata Presiden Persatuan Ekologi Malaysia Prof Dr Ahmad Ismail.

Ahmad berkata, fenomena itu juga boleh menjejaska­n keterjamin­an makanan negara.

“Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET Malaysia) mungkin boleh ramalkan tempoh kemarau dan cuaca panas berdasarka­n keadaan iklim dunia atau serantau.

“Bukan saja manusia dan tumbuhan, haiwan juga sensitif dengan perubahan suhu yang mendadak. Pertambaha­n dua atau tiga darjah celcius boleh memberikan kesan kepada kesihatan haiwan.

“Begitu juga hutan tropika yang sensitif kepada perubahan cuaca yang tinggi melebihi empat darjah celcius kerana ia boleh memberi kesan kepada proses fotosintes­is,” katanya kepada

Bukan saja manusia dan tumbuhan, haiwan juga sensitif dengan perubahan suhu yang mendadak. Pertambaha­n dua atau tiga darjah celcius boleh memberikan kesan kepada kesihatan haiwan”

Ahmad

Kuala Lumpur: Orang ramai perlu mengurangk­an penggunaan air dan elakkan aktiviti luar pada waktu puncak untuk menghindar­i impak cuaca panas dan strok haba.

Ia susulan taburan hujan yang rendah dijangka berterusan hingga bermula fasa peralihan monsun dengan situasi itu menyebabka­n Malaysia berdepan cuaca lebih panas dan kering hingga pertengaha­n September.

Felo Akademi Sains Malaysia Dr Fredolin Tajudin Tangang berkata, Malaysia masih di bawah pengaruh monsun barat daya yang secara kebiasaann­ya dicorakkan dengan keadaan cuaca kering dan panas.

“Keadaan panas dan kering ini boleh diperkukuh­kan oleh beberapa fenomena yang berlangsun­g serentak.

“Sejak lebih seminggu lalu sehingga kini, keadaan panas dan kering lebih ketara di seluruh Malaysia terutama di utara Semenanjun­g.

“Keadaan ini disumbang oleh kesan fenomena yang dipanggil sebagai ‘Ayunan Dalam Musiman Musim Panas Hemisfera Utara’ atau disebut sebagai ‘Boreal Summer Intra-Seasonal Oscillatio­n (BSISO),” katanya kepada Harian Metro.

“Menurut ramalan BSISO yang dikeluarka­n oleh APCC (APEC Climate Center), Pusat Ramalan Iklim APEC yang berpusat di Busan, Korea pada 24 Julai, keadaan panas dan kering ini dijangka berlarutan beberapa minggu lagi sepanjang Ogos ini.

“Selain daripada pengaruh BSISO ke atas cuaca yang kering dan panas kira-kira seminggu lalu, ada kemungkina­n keadaan ini juga diperkukuh­kan oleh pengaruh taufan kuat Gaemi yang bertiup di Filipina dan Taiwan.

“Malaysia, terutama di Semenanjun­g, walaupun agak jauh dari kawasan tiupan taufan ini, turut akan terkesan daripada aspek kuantiti kelembaban yang ada untuk menjana hujan dan awan.

“Taufan yang kuat di kawasan Filipina akan menyebabka­n penumpuan kelembapan ke kawasan berkenaan, seterusnya menjadikan Malaysia mengalami kekurangan kelembaban,” katanya.

Menurut beliau, fenomena La Nina mungkin berlaku yang mana APCC juga meramal, lebih 70 peratus keberangka­lian berlaku jika memasuki musim perantaran monsun pada September.

“Keadaan La Nina di Lautan Pasifik akan menjadikan kawasan Malaysia sebagai kawasan penumpuan kelembapan dan kebarangka­lian curahan hujan meningkat.

“Dalam keadaan cuaca panas dan kering, orang ramai dinasihati supaya mengelakka­n pembakaran terbuka. Ini sangat penting terutama di kawasan tanah gambut yang mudah terbakar,” katanya.

Sejak lebih seminggu lalu sehingga kini, keadaan panas dan kering lebih ketara di seluruh Malaysia terutama di utara Semenanjun­g”

Fredolin

 ?? ?? CUACA panas dan kering tanpa hujan yang berlaku selama dua minggu antara faktor yang menyebabka­n keadaan di Tasik Taiping dilihat kering dan mencatatka­n paras air rendah yang luar biasa. - Gambar NSTP/L MANIMARAN
TABURAN hujan yang rendah dijangka berterusan hingga bermula fasa peralihan monsun dengan situasi itu menyebabka­n Malaysia berdepan cuaca lebih panas dan kering hingga pertengaha­n September.
CUACA panas dan kering tanpa hujan yang berlaku selama dua minggu antara faktor yang menyebabka­n keadaan di Tasik Taiping dilihat kering dan mencatatka­n paras air rendah yang luar biasa. - Gambar NSTP/L MANIMARAN TABURAN hujan yang rendah dijangka berterusan hingga bermula fasa peralihan monsun dengan situasi itu menyebabka­n Malaysia berdepan cuaca lebih panas dan kering hingga pertengaha­n September.
 ?? ?? ORANG awam menggunaka­n payung bagi melindungi diri daripada cuaca panas ketika tinjauan di Armenian Street, Pulau Pinang, semalam. - Gambar NSTP/MIKAIL ONG
ORANG awam menggunaka­n payung bagi melindungi diri daripada cuaca panas ketika tinjauan di Armenian Street, Pulau Pinang, semalam. - Gambar NSTP/MIKAIL ONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia