Harian Metro

Sada henti tugas tujuh LRA

- Sungai Petani · Muhammad

Sebanyak tujuh loji rawatan air (LRA) Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) terpaksa dihenti tugas berikutan peningkata­n paras sungai ke tahap kritikal di muka sauk.

Kenyataan Sada malam kelmarin memaklumka­n keadaan itu berpunca daripada hujan yang berterusan sejak beberapa hari lepas.

Menurut Sada, henti tugas LRA terbabit telah menyebabka­n berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di sebahagian kawasan di daerah Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Antara yang terkesan setakat 7 malam ini ialah LRA Lubuk Merbau, LRA Jeniang Baru, LRA Jeniang Lama, LRA Jeneri, LRA Nami, LRA Teloi Kanan dan LRA Sungai Limau manakala LRA utama seperti LRA Pelubang, LRA Bukit Pinang, LRA Sungai Petani/Pinang Tunggal masih beroperasi pada tahap optimum ketika ini,” katanya.

Bagaimanap­un, pemantauan berterusan Sada di muka sauk LRA terbabit mendapati berlaku trend peningkata­n pada paras sungai.

Sada memaklumka­n ia telah menggerakk­an lori tangki air ke kawasan terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti pusat pemindahan sementara, hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumia­n.

Menurut kenyataan itu, bantuan bekalan air alternatif melalui tiga lokasi Pusat Agihan Bantuan (PAB) turut diaktifkan iaitu di Masjid Muhammad Kampung Pulau Tengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang di daerah Pendang serta Masjid Felda Lubuk Merbau di daerah Padang Terap.

Menurut Sada, jangkaan bagi LRA-LRA terkesan untuk beroperasi semula belum dapat dipastikan buat masa ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia