Harian Metro

Semuanya berjalan lancar

Peperiksaa­n SPM seluruh negara termasuk negeri terjejas bencana berjalan lancar

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim am@hmetro.com.my Pasir Mas Education · South Africa News · Malaysia · Kelantan · Pasir Mas

Peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang bermula semalam berjalan lancar di seluruh negara termasuk di beberapa negeri terjejas banjir.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, beliau berpuas hati dengan segala persiapan yang dilakukan walaupun ada beberapa negeri terjejas banjir.

“Hari ini saya melawat beberapa sekolah bagi meninjau peperiksaa­n yang bermula hari ini (semalam) dan alhamdulil­lah ia berjalan lancar dan cuaca juga semakin baik.

“Beri ruang kepada mereka semua menduduki SPM hari ini (semalam) terutama mereka yang terjejas banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas dan beberapa sekolah yang terjejas banjir.

Turut hadir Pengarah JPN Kelantan, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz.

 ?? - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR ?? CALON SPM 2024 di Sekolah Menengah Arab Nurul Huda, Tumpat, Kelantan turun dari trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa mereka untuk Ujian bertutur Bahasa Melayu, semalam.
- Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR CALON SPM 2024 di Sekolah Menengah Arab Nurul Huda, Tumpat, Kelantan turun dari trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa mereka untuk Ujian bertutur Bahasa Melayu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia