Harian Metro

Pemindahan calon SPM selesai

- Malaysia · Malaysian Armed Forces · Pasir Mas

Proses pemindahan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di semua negeri yang terjejas banjir selesai sepenuhnya tanpa ada yang tercicir, kelmarin.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kesemua calon termasuk yang terperangk­ap sudah diselamatk­an oleh pelbagai agensi.

“Alhamdulil­lah, semua calon SPM kita berjaya pindahkan ke tempat selamat iaitu asrama menerusi Op

Payung dengan bantuan pelbagai agensi.

“Kesemua calon yang ditempatka­n di asrama diberi kemudahan terbaik termasuk buku, internet dan komputer disediakan.

“Saya berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu bertungkus lumus memindahka­n calon SPM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas dan beberapa sekolah di sini, semalam.

Katanya, fasa pertama membabitka­n pemindahan pelajar sudah selesai manakala fasa kedua akan diberi tumpuan dari segi emosi pelajar berkenaan yang terjejas banjir.

“Kaunselor juga turut disediakan di asrama bagi pembugaran emosi pelajar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia