Harian Metro

Pertimbang cadangan SPM di luar musim tengkujuh

- Education · Malaysian Ministry of Education · Malaysia · Pasir Mas · Kelantan · Terengganu

Mas: Kementeria­n Pendidikan (KPM) pertimbang cadangan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijalankan di luar musim tengkujuh.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, perkara itu akan dibincangk­an dan diperhalus­i dari semasa ke semasa.

“Kita akan pertimbang cadangan ini kerana ia antara cadangan yang kita turut terima. Barangkali kita boleh lihat kerana ketika ini jadual SPM pada hujung tahun dan berdepan banjir.

“Perkara itu kita ambil kira dan kita akan perhalusi dari semasa ke semasa kerana ia melihatkan aspek prihatin daripada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, di sini, semalam.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, seramai 5,377 calon SPM terjejas akibat banjir di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Susulan bencana itu, pelbagai pihak memohon peperiksaa­n itu ditangguh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia