Harian Metro

Bilangan terkini mangsa 536 orang

- Subang Jaya · Putra Heights · Popular Socialist Party (Brazil)

Lumpur: Jumlah mangsa kebakaran saluran paip gas meletup dan terbakar di Putra Heights Subang Jaya, Selangor, terus meningkat kepada 536 mangsa semalam berbanding 427 individu malam kelmarin.

Ia membabitka­n 119 keluarga berbanding 91 keluarga yang dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) di dewan Masjid Putra Heights, Subang Jaya setakat jam 10 malam kelmarin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Selangor, PPj (PA) Ghazali Abd Rahman berkata, selain PPS di Masjid Putra Heights yang beroperasi sebelum ini, pihaknya turut membuka satu lagi PPS di Dewan Camelia Putra Height di sini.

Menurutnya, pembukaan satu lagi PPS itu bertujuan memberi keselesaan kepada mangsa.

“Berdasarka­n laporan dikemas kini pada 8 pagi semalam, seramai 485 mangsa membabitka­n 110 keluarga terkesan akibat kebakaran pagi kelmarin.

“PPS Dewan Camelia Putra Height pula menempatka­n 44 mangsa daripada lapan keluarga,” katanya.

Beliau berkata, seramai lebih 50 anggota APM bertugas bagi menyediaka­n petugas perubatan dan ambulans di semua PPS itu.

“APM turut menyediaka­n lori pengangkut untuk membawa mangsa-mangsa ini pulang ke kediaman masing-masing untuk mengambil dokumen dan barang-barang penting selepas dibenarkan oleh pihak polis.

“Kami turut ,menggerakk­an Pasukan Civil Defence Auxiliary @ CDA seperti CDA Kaunseling dan Psychology First Aid untuk memberikan khidmat kaunseling, psikologi dan kerohanian kepada mangsa di PPS,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia