Harian Metro

‘DALAM SUSAH KITA BERSATU’

- Oleh Nur Alif Hazmi Suffian am@hmetro.com.my Subang Jaya Badminton · Sports · Malaysian United Indigenous Party · Ali · Putra Heights · University of Malaysia, Sarawak · Malaysia · Sarawak · Instagram · Kuala Lumpur · Whatsapp · Klang · India · Sousse · UEP Subang Jaya

“Tak kira bangsa atau agama apa, saya tetap bantu sesiapa sahaja yang memerlukan,” kata sukarelawa­n, Shermina Farissa Ali, 24, yang membantu mangsa letupan saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini.

Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berketurun­an Cina-Melanau itu berkata dia terpanggil untuk menyertai misi bantuan selepas melihat hebahan di Instagram universiti.

“Saya memang tak kisah latar belakang kaum atau agama seseorang. Niat saya hanya mahu bantu mereka yang memerlukan,” katanya yang membesar di Kuala Lumpur dan kini menetap di USJ.

Shermina juga kagum dengan semangat terbuka mangsa di PPS, meskipun pada awalnya ada sedi- kit kekeliruan di- sebabkan penampilan­nya.

“Saya gunakan Bahasa Melayu bila berkomunik­asi dan mereka sangat menerima. Saya rasa ini yang istimewany­a tentang rakyat Malaysia kerana dalam waktu susah, kita tetap saling membantu,” katanya.

Seorang lagi sukarelawa­n, Eldric Ong Wei Chuen, 21, juga tidak kekok berada dalam kalangan mangsa berbangsa Melayu walaupun ini pengalaman pertamanya menyertai misi bantuan seperti itu.

Pelajar tahun pertama jurusan perubatan Unimas itu berkata, dia terdorong untuk menyertai selepas melihat hebahan menerusi WhatsApp dan Instagram kelab sukarelawa­n universiti. “Walaupun saya Cina, saya tak pernah rasa janggal. Saya tinggal di Klang, jadi rasa bertanggun­gjawab nak turun bantu.

“Bagi saya, kalau ada sesiapa perlukan bantuan, tak kira bangsa, saya akan bantu,” katanya.

Menurut Eldric, sepanjang tiga hari membantu di PPS, dia dan rakan-rakan ditugaskan mengagihka­n sumbangan barangan keperluan seperti pakaian dan makanan.

Tambahnya, insiden itu membuka mata ramai pihak bahawa semangat perpaduan masih utuh dalam kalangan rakyat Malaysia. “Saya lihat ada ramai juga dari kaum India dan Cina datang bantu. Malah, ada sukarelawa­n Cina yang buat pertama kali masuk ke masjid kerana PPS diadakan di situ.

“Inilah Malaysia sebenar. Dalam kesusahan, kita tetap bersatu.” katanya.

 ?? ?? MANGSA kejadian kebakaran saluran paip gas memilih pakaian didermakan orang ramai di PPS di Masjid Putra Heights, Subang Jaya.
MANGSA kejadian kebakaran saluran paip gas memilih pakaian didermakan orang ramai di PPS di Masjid Putra Heights, Subang Jaya.
 ?? ??
 ?? ?? ELDRIC
ELDRIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia