Harian Metro

Jumlah mangsa banjir makin turun

- Kelantan · Terengganu · Pahang

Lumpur: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus merekodkan penurunan kepada 60,358 mangsa, semalam.

Setakat jam 3 petang, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 211 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di tujuh negeri terjejas membabitka­n 18,561 keluarga.

Daripada jumlah itu, Kelantan masih merekodkan penurunan mangsa kepada 40,230 dengan 12,963 keluarga masih ditempatka­n di 93 PPS.

Terengganu pula menyaksika­n 12,477 mangsa daripada 3,222 keluarga dari tujuh daerah terjejas masih mendapatka­n perlindung­an di 55 PPS.

Sementara, jumlah mangsa di Kedah, tidak banyak berubah apabila 6,135 orang daripada 1,943 keluarga ditempatka­n di 30 PPS.

Johor masih kekal dengan 20 PPS bagi memberi perlindung­an kepada 1,075 orang daripada 308 keluarga dan Perak menempatka­n 216 orang daripada 70 keluarga di tujuh PPS.

Selain itu, jumlah mangsa di Melaka masih kekal dengan 172 orang daripada 44 keluarga ditempatka­n di dua PPS, manakala seramai 53 orang daripada 11 keluarga di Pahang masih berlindung di empat PPS negeri itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia