Berita Harian

PETRONAS cari kaedah dapatkan bekalan gas loji jana kuasa elektrik

Jana kuasa lama akan dihidupkan sebagai alternatif pastikan elektrik ke Lembah Klang tidak terjejas

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my Business · Clean Tech · Ecology · Fadillah Yusof · Sarawak · Wan Junaidi Tuanku Jaafar · Abang Haji Openg · Putra Heights · Tenaga Nasional

Kuching: Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tempoh seminggu ini adalah kritikal bagi mencari kaedah mendapatka­n bekalan gas untuk kegunaan loji jana kuasa elektrik apabila saluran sedia ada ditutup.

Timbalan Perdana Menteri berkata, PETRONAS sedang mencari kaedah bagi mendapatka­n bekalan gas untuk kegunaan penjanaan elektrik itu.

Bagaimanap­un, katanya, bekalan elektrik di Lembah Klang pada masa ini stabil.

“Jika minggu depan gas tidak dapat dibekalkan kepada stesen jana kuasa yang terbabit, PETRONAS akan mencari jalan bagaimana untuk mendapatka­n bekalan gas.

“Tetapi kita juga akan melaksanak­an langkah seterusnya (jika bekalan gas tidak dapat disalurkan), iaitu menghidupk­an jana kuasa lama (digerakkan bahan api diesel atau arang batu) untuk memastikan bekalan tenaga elektrik di Lembah Klang khususnya, tidak terjejas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Petra Jaya di Pusat Konvensyen CIDB, di sini, semalam.

Yang turut hadir Yang di-pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan isteri, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.

Fadillah berkata, langkah menggunaka­n jana kuasa lama itu adalah alternatif bagi memastikan bekalan elektrik ke Lembah Klang tidak terjejas berikutan kebakaran paip gas bawah tanah di Putra Heights kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air berkata, bekalan gas dijangka berkurang minggu depan apabila sebahagian saluran sedia ada ditutup.

TNB pantau infrastruk­tur

Mengenai kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Fadillah berkata, ia disahkan tidak terjejas ekoran kebakaran itu.

“Bagaimanap­un, TNB sedang memantau untuk memastikan seluruh infrastruk­tur tidak terjejas.

“Kabel di rumah yang terjejas juga sedang dalam siasatan dan apa bentuk bantuan akan dimuktamad­kan PETRONAS sama ada menerusi insurans dan ia bergantung kepada keseluruha­n siasatan,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia