Berita Harian

Cuti menteri, timbalan dibekukan, diarah turun padang bantu rakyat

PM beri arahan ketika banjir makin merebak ke 9 negeri

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Safeek Affendy Razali, Noor Atiqah Sulaiman, Norzamira Che Noh dan Aizat Sharif bhnews@bh.com.my Disasters · Malaysian Armed Forces · Malaysia · Kita-ku · Kelantan · Terengganu · Pahang · Penang · Keretapi Tanah Melayu · Kuala Lumpur · Downtown Mobile, Alabama · Johor Bahru · Jack Black · Anwar Ibrahim · National Mosque of Malaysia · Kuala Lipis · Muhammad

Perdana Menteri mengarahka­n cuti semua menteri dan timbalan masing-masing dibekukan ketika banjir merebak ke sebahagian besar Semenanjun­g menyaksika­n hampir 100,000 mangsa terpaksa dipindahka­n ke pusat penempatan sementara (PPS), semalam.

Pada masa sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengarahka­n menteri dan timbalan masing-masing turun padang bagi membantu rakyat yang terkesan.

“Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan). Ya (cuti dibekukan),” katanya ketika ditanya sama ada cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan berikutan bencana banjir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunai solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17 di sini, semalam.

Selesai solat Jumaat, Perdana Menteri bersama jemaah lain turut menunaikan solat hajat memohon kesejahter­aan dan keselamata­n semua mangsa banjir di seluruh negara.

Solat hajat juga diadakan di Masjid Negara selepas solat Jumaat serta beberapa lokasi lain.

Beberapa agensi teras seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula turun padang membantu mangsa.

Sementara itu, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelanconga­n Selangor, Datuk Ng Suee Lim, berkata lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan cuti sehingga Januari 2025 dalam persediaan menghadapi sebarang bencana berikutan Monsun Timur Laut (MTL).

“Kita sentiasa bersiapa siaga dan akan kerahkan serta-merta termasuk skuad PANTAS PBT. Mereka sudah bersedia dan kita tidak benarkan mereka ambil cuti dalam tempoh ini.

“Sekiranya apa kejadian berlaku, mereka akan turun terus ke lokasi,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai persiapan banjir di Selangor.

Sehingga jam 7.30 petang

semalam, hujan berterusan menyebabka­n jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor meningkat mendadak kepada 94,778 orang daripada 28,589 keluarga.

Portal Bencana NADMA melaporkan 527 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif, manakala lima kematian direkodkan.

Kelantan mencatatka­n jumlah tertinggi, iaitu 63,761 mangsa membabitka­n 19,764 keluarga dipindahka­n ke 232 PPS.

Jumlah mangsa di Terengganu pula ialah 22,511 daripada 6,358 keluarga yang berpindah ke 228 PPS.

Mangsa di Kedah juga meningkat kepada 5,618 daripada 1,695 keluarga; Negeri Sembilan dengan 1,822 mangsa (476 keluarga); Selangor 311 mangsa (76 keluarga); Perlis 485 mangsa (143 keluarga) dan Perak mencatatka­n 20 mangsa dari 7 keluarga.

Mangsa di Melaka pula ialah 66 dari 19 keluarga dan Johor dengan 184 mangsa (51 keluarga).

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) mengeluark­an amaran hujan berterusan yang membabitka­n lapan negeri Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, sehingga hari ini.

NADMA aktifkan PKOB

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat (PKOB) diaktifkan bagi menyelaras dan memantau operasi menyelamat serta pengurusan mangsa banjir di lapangan dengan kerjasama Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Katanya, semua aset sudah digerakkan ke lapangan bagi menangani sebarang situasi yang semakin buruk di beberapa negeri.

“NADMA juga akan memastikan

semua kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik serta akan menyelaras­kan kedudukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berada di tempat sepatutnya,” katanya kepada BH, semalam.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan berkata, perkhidmat­an tren khas Mysawasdee dari KL Sentral - Hatyai - KL Sentral, iaitu Mysawasdee 1004 dan 1005 yang dijadualka­n kelmarin hingga 2 Disember ini dibatalkan berikutan hujan berpanjang­an di wilayah utara Semenanjun­g dan Hatyai yang dilanda banjir.

Pemulangan tambang penuh akan diberikan melalui KTMB Mobile (KITS) dan sebarang bantuan boleh merujuk kepada kakitangan stesen bertugas atau menghubung­i Pusat Panggilan KTMB pada talian 03 9779 1200 atau e-mel kepada callcenter@ ktmb.com.my.

Perkhidmat­an tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur juga terjejas akibat banjir dan kejadian tanah mendap di beberapa kawasan yang turut menjejaska­n operasi tren penumpang.

Perkhidmat­an lain yang turut terjejas termasuk Ekspres Rakyat Timuran No 26 dan No 27 (JB Sentral–tumpat–jb Sentral) serta Shuttle Timuran (Kuala Lipis–gua Musang–tumpat) akibat banjir.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddea­in Jantan pula berkata, pihaknya bersiap sedia mengerahka­n 3,552 anggotanya ke kawasan banjir di seluruh negara dalam misi bantuan menerusi Ops Murni.

Aset TDM turut digerakkan seperti trak, lori dan bot tempur dalam usaha membantu mangsa banjir.

Beliau berkata, sehingga ini, TDM sudah mengatur gerak 31 pegawai dan 350 anggota bersama 17 trak satu tan, 16 trak tiga tan dan 15 bot bagi membantu di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang terjejas teruk.

Selain membantu mangsa banjir, katanya, TDM turut bersiap sedia bagi operasi menyelamat jika diperlukan bagi membantu NADMA.

“Pelbagai aset logistik lain juga siap sedia digerakkan pada bila-bila masa bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) dan kita jangkakan bencana banjir akan melanda ke seluruh negara menjelang hujung tahun ini sehingga awal tahun hadapan.

Beliau juga berkata, kem tentera juga boleh dijadikan PPS jika keadaan memerlukan.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Orang ramai menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Aswadi Alias/bh) Orang ramai menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Anwar menunaikan solat hajat selepas selesai solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Anwar menunaikan solat hajat selepas selesai solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia