Harian Metro

‘KAMI HARAP HUJAN SEGERA REDA’

Mangsa banjir di Kuala Krai bimbang kejadian 10 tahun lalu berulang

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my Kuala Krai Disasters · Drought · Natural Disasters · Ali

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah keadaan yang dialami hampir 200 penduduk di Kampung Mial apabila 37 daripada 60 kediaman kini ditenggela­mi banjir separas bumbung.

Situasi itu berlaku selepas kawasan kampung berkenaan dinaiki air setinggi lebih lima meter susulan hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

Penduduk, Hanapi Ali, 64, berkata apa yang lebih teruk lagi keadaan kampung itu dikeliling­i sungai sehingga menyebabka­n berlakunya limpahan air dan memenuhi kawasan perkampung­an sekitar.

Katanya, tinjauan yang dilakukan penduduk

Kampung Mial dinaiki air setinggi lebih lima meter

kampung pagi kelmarin, mendapati, 37 rumah ditenggela­mi air separas bumbung.

“Situasi banjir tahun ini adalah di luar jangka. Kami harap hujan segera reda kerana bimbang kejadian sama 10 tahun lalu berulang,” katanya menambah, rumahnya turut ditenggela­mi air separas bumbung.

“Kami sekeluarga kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Mial,” katanya lagi.

Menurutnya, banjir juga menyebabka­n penduduk di beberapa kampung terputus hubungan selepas jambatan yang menjadi laluan utama untuk ke bandar Kuala Krai turut tenggelam.

 ?? ?? HUJAN lebat berterusan menenggela­mkan kediaman separas bumbung di Kampung Mial.
HUJAN lebat berterusan menenggela­mkan kediaman separas bumbung di Kampung Mial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia