Berita Harian

RM1,000 untuk setiap KIR terjejas

Bantuan penuhi syarat, kriteria ditetapkan diagih secara berfasa bermula kelmarin

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@bh.com.my Disasters · Terengganu · Dana ( United Kingdom) · Ahmad Zahid Hamidi

Kerajaan Persekutua­n mula mengagihka­n bantuan segera Dana Banjir sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas di seluruh negara bermula kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bayaran itu akan disalurkan kepada setiap KIR yang memenuhi syarat dan kriteria ditetapkan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat juga berharap pengagihan bantuan itu terutama bantuan tunai akan dapat diatur gerak dengan sepenuhnya.

“Untuk bantuan daripada Kerajaan Persekutua­n selain daripada bantuan bagi penyelamat­an, kita mempunyai senarai mangsa banjir yang telah dipindahka­n di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Bermula dari semalam (kelmarin) kita telah mengagihka­n bantuan RM1,000 untuk setiap KIR dan ini kita akan lakukan secara berfasa.

“Kita tidak mahu ada dalam kalangan KIR yang berpindah ke PPS dan mengikut syarat yang ditentukan oleh NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) yang tidak mendapat bantuan.

“Bagi seluruh negara, kita telah memperuntu­kkan jumlah yang secukupnya. Kalau sekiranya, jumlah keluarga melebihi (berbanding dana), maka Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan akan tambah peruntukan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat dan menyantuni mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Nibong di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan sudah memulakan pembinaan 14 pusat pemindahan kekal di setiap negeri.

Katanya, pihaknya juga mendapat permohonan daripada pemimpin tempatan di Hulu Terengganu yang memohon pembinaan pusat pemindahan kekal dan ia akan dipertimba­ngkan untuk fasa kedua.

Ditanya sama ada Kerajaan Persekutua­n akan menyediaka­n Dana Kecemasan berikutan jumlah mangsa banjir yang dipindahka­n ke PPS di seluruh negara setakat ini melebihi 137,000, Ahmad Zahid berkata, amat mustahil bagi Kerajaan Persekutua­n menyalurka­n bantuan kepada semua yang terjejas.

Beliau berkata, sebaliknya, Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri akan bekerjasam­a membuat ikhtiar bantuan bagi mengadakan dana kecemasan membantu mangsa banjir yang terjejas.

“Kita juga meminta kerajaan negeri mengusahak­an bantuan dan juga mengadakan dana kecemasan itu dan tentunya kerjasama di antara Kerajaan Persekutua­n dan negeri yang sangat baik setakat ini harus ditingkatk­an.

“Kita mesti cari jalan dengan menyantuni serta meringanka­n keluarga yang terjejas, namun mustahil mana-mana kerajaan sama ada Persekutua­n dan negeri

untuk beri pampasan kepada semua mangsa banjir secara keseluruha­nnya kerana ini adalah takdir dan kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi mendepani permasalah­an ini,” katanya.

Agensi diarah siap siaga

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata berikutan jumlah mangsa yang meningkat mendadak semalam berbanding kelmarin, kerajaan mengarahka­n seluruh agensi penguatkua­saan dan keselamata­n siap siaga dan mengatur gerak pasukan dengan sebaiknya.

“Oleh kerana keadaan kali ini sangat luar biasa, semalam (kel

marin) tengah hari baru 37,000 mangsa seluruh negara, tengah hari ini (semalam) sudah mencecah sekitar 137,000 orang mangsa dan angka ini akan meningkat atau menurun bergantung kepada cuaca.

“Peningkata­n hari ini (semalam) dan semalam (kelmarin) adalah sangat luar biasa, oleh sebab itu kesiapsiag­aan kita bagi mengatur gerak ini disusun sebaiknya,” katanya.

Sementara itu Ahmad Zahid turut menzahirka­n penghargaa­n kepada pihak Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri dan di peringkat daerah termasuk di Terengganu dalam menyelamat­kan dan menyantuni mangsa banjir.

Beliau berkata, kerjasama antara Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri tanpa mengira perbezaan fahaman politik seperti yang terjalin kini amat penting, demi menjaga kebajikan rakyat yang ditimpa musibah banjir.

Terdahulu Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni mangsa banjir di SMK Matang di sini, yang terdiri daripada 275 mangsa daripada 130 keluarga.

Selain itu Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat mangsa banjir di SK Nibong di sini yang menempatka­n 265 mangsa daripada 91 keluarga.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Ahmad Zahid menyantuni mangsa banjir ketika mengagihka­n bantuan di PPS SK Kampung Nibong, Kuala Berang, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Ahmad Zahid menyantuni mangsa banjir ketika mengagihka­n bantuan di PPS SK Kampung Nibong, Kuala Berang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia