Harian Metro

41 mangsa masih terima rawatan

Tiada mangsa dirawat di ICU, tiada kematian dilaporkan

- Putrajaya Public Health · Medicine · Incidents · Subang Jaya · Ministry of Health · Putrajaya · Kuala Lumpur Hospital · Kuala Lumpur · Klang · Putra Heights · Hospital Putrajaya · Tengku Ampuan Rahimah Hospital

Sebanyak 41 daripada 149 mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya Selasa lalu, masih menerima rawatan di hospital dan klinik.

Kementeria­n Kesihatan (KKM) memaklumka­n daripada jumlah itu, 19 mangsa dirawat di wad biasa hospital kerajaan, manakala 22 lagi di kemudahan kesihatan swasta.

“Tiada mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada sebarang kematian dilaporkan,” menurut data harian dikeluarka­n oleh KKM.

Dilaporkan terdapat 14 pesakit di Hospital Putrajaya, dua di Hospital Kuala Lumpur dan masing-masing

satu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Ampang.

Menurut KKM, seramai 108 pesakit sudah discaj dari kemudahan kesihatan

awam dan swasta.

KKM turut memaklumka­n aktiviti Perkhidmat­an Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososia­l (MHPSS) turut dijalankan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan

Camelia, selain di pos kawalan tempat kejadian dengan 88 individu menerima intervensi MHPSS.

Tujuh pasukan yang terdiri daripada 25 anggota petugas kesihatan, dipertangg­ungjawabka­n untuk memberikan sokongan MHPSS kepada mangsa kejadian. -Bernama

 ?? ?? HARTA benda milik mangsa yang musnah dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights.
HARTA benda milik mangsa yang musnah dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights.
 ?? ?? TINJAUAN keadaan rumah mangsa di Kampung Kuala Sungai Baru.
TINJAUAN keadaan rumah mangsa di Kampung Kuala Sungai Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia