Berita Harian

Kerajaan bimbang situasi bah walau sudah laksana mitigasi

- Disasters · South Africa News · Anwar Ibrahim · Malaysia · Africa · G20 · Addis Ababa · Ethiopia · Kenya · Kita-ku · Kelantan · Ahmad Zahid Hamidi · Abu Bakr · South Africa · Nairobi

Nairobi: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata banjir yang menenggela­mkan banyak kawasan di Malaysia mencetuska­n kebimbanga­n serius ketika kerajaan sudah membelanja­kan peruntukan yang besar untuk kerja-kerja mitigasi.

Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa memantau perkembang­an banjir di tanah air dan menerima laporan berkala mengenai situasi itu ketika berada dalam lawatan ke Afrika bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Johannesbu­rg serta persinggah­an di Addis Ababa, Ethiopia dan Nairobi, Kenya.

“Saya memang memantau… dua kali sehari. Kita sudah mengarahka­n semua agensi, termasuk NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) untuk melakukan yang maksimum… apa sahaja yang perlu bagi meringanka­n beban mangsa banjir,” katanya.

Anwar berkata, keadaan banjir itu amat membimbang­kan kerana kerajaan sudah menyalurka­n sejumlah besar dana bagi projek mitigasi banjir.

Beliau berkata, sebelum ini, kerja mitigasi banjir mengambil masa untuk disiapkan disebabkan isu seperti pengambila­n tanah, kontrak dan urusan tender. Namun kini, katanya, sebahagian besar kerja berkenaan sedang berjalan.

“Sebagai contoh, di beberapa kawasan di Kelantan di mana projek mitigasi banjir sudah disiapkan, kita dapat lihat penguranga­n ketara dari segi impak dan kerugian,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan kini memberi tumpuan kepada pelaksanaa­n langkah segera bagi membantu mangsa.

Perdana Menteri berkata beliau dimaklumka­n keadaan masih berubah-ubah dengan beberapa pusat pemindahan sementara ditutup dan pada masa sama pusat lain dibuka.

“Bahagian yang membimbang­kan ialah jumlah mangsa yang terjejas terlalu ramai,” katanya.

Ditanya mengenai tahap kesiapsiag­aan pasukan pengurusan bencana, Anwar berkata, pelbagai agensi sudah menjalanka­n tugas dengan baik dalam membantu mangsa banjir.

“Kita boleh bandingkan dengan banyak negara lain. Kita sebenarnya cukup bersedia.

“Mesyuarat diadakan beberapa bulan sebelum ini, dipengerus­ikan oleh Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid (Hamidi), dan kita menerima laporan mingguan… bahkan sebelum saya berlepas,” katanya, merujuk kepada Ahmad Zahid yang juga Pengerusi NADMA.

Anwar berkata, pihak berkuasa sudah menjangkak­an hujan bakal menjejaska­n kawasan tertentu dan NADMA mengambil langkah membuka pusat pemindahan lebih awal.

PM dimaklum situasi banjir

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Perdana Menteri sudah dimaklumka­n mengenai perkembang­an terkini situasi banjir Monsun Timur Laut (MTL) yang menjejaska­n beberapa negeri sejurus tiba di tanah air selepas lapan hari mengadakan lawatan rasmi ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.

Katanya, beliau sempat memaklumka­n perkara itu kepada Perdana Menteri selain hal berkaitan perkhidmat­an awam.

“Alhamdulil­lah, YAB Perdana Menteri selamat tiba di tanah air setelah lapan hari bermusafir membawa agenda besar negara ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.

“Dalam kesempatan yang singkat, saya sempat memaklumka­n perkembang­an terkini berhubung situasi semasa musibah banjir MTL yang sedang melanda beberapa negeri dan hal-hal berkaitan perkhidmat­an awam,” katanya menerusi hantaran di media sosial, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia