Berita Harian

Kerajaan sedia tambah tempoh khidmat anggota SMART

- Malaysia · Ahmad Zahid Hamidi · SMART

Cyberjaya: Kerajaan bercadang menambah tempoh perkhidmat­an anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang kini ditetapkan selama lima tahun kepada satu tempoh lebih lama, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penambahan tempoh itu perlu memandangk­an ramai anggota yang berkhidmat bersama agensi itu sudah mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengendali bencana di dalam dan luar negara.

Beliau berkata, dasar yang menetapkan hanya lima tahun tempoh bertugas bagi setiap anggota dan pegawai bersama SMART mengakibat­kan kerajaan perlu menanggung belanja lebih besar untuk melatih anggota barunya, terutama selepas anggota lama kembali berkhidmat di agensi asal mereka.

“Mengikut persefaham­an antara NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) yang menubuhkan SMART dan organisasi atau agensi yang meminjamka­n pegawai dan anggotanya, ini kita panggil sebagai ‘return’ untuk satu tempoh tertentu.

“Mereka yang ada di sini sebenarnya sudah dilatih. Jika kita ambil baru, kita kena buat latihan baru,” katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baharu Timbalan Perdana Menteri bersama NADMA, di Markas SMART di sini, semalam.

 ?? (Foto Hazreen Mohamad/bh) ?? Ahmad Zahid memeriksa barisan anggota SMART pada Majlis Amanat Tahun Baharu Timbalan Perdana Menteri bersama NADMA di Markas SMART, Cyberjaya, semalam.
(Foto Hazreen Mohamad/bh) Ahmad Zahid memeriksa barisan anggota SMART pada Majlis Amanat Tahun Baharu Timbalan Perdana Menteri bersama NADMA di Markas SMART, Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia