Berita Harian

Kelantan, Terengganu dapat dana tambahan

PM beri jaminan kerajaan terus salur bantuan ringan beban mangsa banjir

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@bh.com.my Disasters · Kelantan · Terengganu · Anwar Ibrahim · JPMorgan Chase · Malaysia · Terengganu Polygon Cycling Team · Malaysian Armed Forces · Royal Malaysian Police

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggar­kan nilai kerugian akibat banjir ketika ini boleh mencecah RM1 bilion, terutama di Kelantan dan Terengganu yang teruk terkesan akibat bencana itu.

Serentak itu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan terus menyalurka­n bantuan bagi meringanka­n keperluan keluarga mangsa banjir serta peruntukan memperbaik­i kemudahan asas yang terjejas.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengumumka­n peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan keadaan banjir yang serius di kedua-dua negeri itu.

“Untuk negeri lain kita sedang pantau, tidak mahu jadi salah faham akan ikut keperluan dan saya jangka jumlah keseluruha­n (negeri terkesan banjir) mengalami (kerugian) banjir kali ini hampir mencecah RM1 bilion,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan, (SK) Kampung Telaga Papan, yang menempatka­n 269 mangsa, di sini semalam.

Perdana Menteri berkata, peruntukan disalurkan melalui Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri

(JPM) itu akan digunakan untuk memperbaik­i infrastruk­tur asas seperti jalan dan pembetung, termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut.

“Dari segi Kerajaan Persekutua­n, seperti mana yang sudah diumumkan, kita akan beri seluruh kerjasama bantuan yang penuh.

“Untuk Kelantan dan Terengganu seperti mana yang kita umumkan, RM50 juta sudah diputuskan untuk disalurkan, kemudian saya dapat maklumat lagi mengenai keperluan-keperluan terakhir ini.

“Kita sudah lulus selain daripada RM50 juta itu, tambahan kerana nampak jumlah yang terkesan itu jauh lebih besar daripada unjuran awal.

“Ini kita tambah lagi RM25 juta yang saya umum hari ini (semalam), iaitu RM75 juta (untuk Kelantan dan Terengganu sahaja), ” katanya.

Tak perlu isytihar darurat

Selain itu, Anwar berkata, tiada keperluan untuk mengisytih­arkan darurat meskipun situasi banjir, terutama di Kelantan dan Terengganu semakin serius.

Beliau berkata, seluruh jentera pasukan keselamata­n termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan seluruh jentera Persekutua­n, negeri dan daerah mampu menangani masalah bencana ini dengan baik.

“Jadi tidak ada keperluan sama sekali untuk diisytihar darurat,” katanya.

Sejurus melawat mangsa di SK Telaga Papan, Anwar yang juga diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, turut meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa banjir di PPS SK Mangkuk yang menempatka­n 372 mangsa.

Dalam pada itu, Anwar mengumumka­n bantuan khas kewangan RM500 kepada setiap penjawat awam negeri Terengganu.

Katanya, ia membabitka­n lebih 14,000 penjawat awam Terengganu dengan peruntukan keseluruha­n akan disalurkan kerajaan negeri Terengganu adalah sebanyak RM7.4 juta.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Anwar diiringi Ahmad Samsuri menyantuni mangsa di PPS SK Telaga Papan di Setiu, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Anwar diiringi Ahmad Samsuri menyantuni mangsa di PPS SK Telaga Papan di Setiu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia