Berita Harian

Polis sahkan ada aktiviti korek tanah

PDRM perlu buat siasatan lanjut sama ada kerja pengorekan punca kejadian

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah, Muhammad Yusri Muzamir dan Ercy Gracella Ajos bhnews@bh.com.my Crime · Incidents · Subang Jaya · Royal Malaysian Police · Malaysia · Terengganu · Terengganu Polygon Cycling Team · Thailand · Putra Heights · Popular Socialist Party (Brazil)

Subang Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahka­n terdapat kegiatan mengorek tanah berhampira­n tempat letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights di sini, pada 30 Mac lalu.

Bagaimanap­un, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Hussein Omar Khan, berkata pihaknya perlu menjalanka­n siasatan lanjut bagi menentukan sama ada kerja pengorekan tanah itu menjadi punca kejadian terbabit.

Beliau berkata, tiga unsur yang mendorong letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights itu ialah gas, udara dan percikan api.

Katanya, setakat ini seramai 56 saksi sudah dipanggil untuk menjalani sesi rakaman percakapan bagi membantu siasatan kejadian terbabit.

“Polis sedang mengumpul maklumat daripada seorang saksi kejadian iaitu pengawal keselamata­n yang berada di lokasi kejadian.

“Kerja mengorek tanah dibuat bagi menggantik­an paip kumbahan, terletak kira-kira 30 meter (m) dari lokasi letupan. Namun, kita belum mengenal pasti, sama ada mereka turut membuat kerja pada hari pertama Aidilfitri atau sebaliknya.

“Berdasarka­n keterangan saksi, eskavator yang dilihat pada hari terbabit dikatakan mahu dibawa keluar dari tapak projek, tetapi mereka dikatakan tidak sempat berbuat demikian,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor, Shukri Ishak serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razzali Wan Ismail.

Satu daripada paip pecah

Hussein berkata, terdapat tiga paip gas natural yang membawa bahan berkenaan dari Terengganu ke selatan dan utara Semenanjun­g serta Thailand.

“Ketika kejadian, satu daripada tiga paip terbabit dikesan pecah, menyebabka­n kebocoran

gas yang mengakibat­kan letupan terbabit,” katanya

Selasa lalu, kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights, Selangor menyebabka­n kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Kebakaran saluran paip gas PETRONAS sepanjang 500m yang bermula sekitar jam 8 pagi itu menyebabka­n api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Hussein berkata, polis membuka satu kertas siasatan bagi mengenal pasti, sama ada wujud unsur jenayah yang mengakibat­kan letupan gas bawah tanah itu.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka bagi melihat sama ada wujud jenayah khianat atau kecuaian.

Katanya, kertas siasatan itu memberi kuasa kepada polis memanggil sesiapa sahaja untuk mendapatka­n maklumat.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Hussein pada pada sidang media di Subang Jaya, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Hussein pada pada sidang media di Subang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia