Berita Harian

Seri Padukan titip doa keselamata­n mangsa banjir

- Disasters · Canoeing and Kayaking · Extreme Sports · Sports · Facebook · Gua Musang · Muhammad · Pasir Mas · Kelantan · Rantau Panjang · Terengganu · Canoeing · Ibrahim Iskandar of Johor

Yang di-pertuan Agong Sultan Ibrahim menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindung­an, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.

“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-mu agar

Engkau melindungi saudara-saudara kami yang sedang diuji dengan musibah banjir.

“Limpahkanl­ah kepada mereka kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” demikian doa Seri Paduka Baginda dalam hantaran yang dikongsi di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam.

Sultan Ibrahim turut mendoakan keselamata­n pegawai serta anggota agensi penyelamat yang terbabit dalam operasi menyelamat mangsa banjir.

Selain itu, Yang di-pertuan Agong mengarahka­n Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memastikan kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik dan bantuan juga disampaika­n kepada mangsa banjir.

Seri Paduka Baginda bertitah orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga serta peka dengan arahan pasukan keselamata­n dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. BERNAMA

lam banjir di ladang sawit Chalil, di sini, sejak tiga hari lalu.

Ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan kesejukan dan kelaparan ketika diselamatk­an penduduk kampung yang turut serta dalam operasi menyelamat­kan Rabu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh, berkata banjir pada Selasa lalu itu menyebabka­n enam pekerja terperangk­ap, namun tiga daripadany­a berjaya keluar keesokan harinya untuk meminta bantuan.

Di Kuala Nerang, Kedah, tiga beranak dari Kampung Semeliang terpaksa menggunaka­n media sosial meminta bantuan diselamatk­an selepas tiga jam terperangk­ap dalam arus deras.

“Saya, suami dan anak terpaksa menunggu bantuan lebih tiga jam di atas tembok rumah yang ditenggela­mi air dan arusnya sangat deras.

“Sebagai jalan terakhir, saya terpaksa meminta bantuan bot dengan memuat naik status di Facebook (FB) dengan harapan ada yang datang membantu kerana rumah kami jauh dari jalan raya,” kata Nor Amiza Ahmad Shukri, 42.

Katanya, sepanjang tempoh itu, dia dan suaminya, Shaharaniz­ar Che Halim, 52, dan anak mereka, Muhammad Yaser, 13, hanya makan biskut kering dan menahan kesejukan akibat terlalu kaki terendam dalam air.

Di Pasir Mas, 20 penduduk Kampung Bakong terperangk­ap di tingkat atas rumah masingmasi­ng apabila kampung mereka menjadi pulau.

Penduduk dikenali Atikah, 27 berkata air mula naik malam kelmarin menyebabka­n kediamanny­a tenggelam dan dia berpindah ke rumah ibu saudaranya berdekatan rumah.

“Namun, rumah ibu saudara pun dinaiki air dan paras air di tingkat bawah rumah sudah cecah paras dada hampir satu meter.

“Air begitu deras dan bot biasa sudah tidak dapat masuk ke sini yang menyebabka­n kami terperangk­ap. Keadaan sekarang masih hujan dan kami bimbang paras air semakin naik. Justeru, kami berharap pasukan penyelamat dapat membawa kami ke PPS dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi.

Sehingga jam 7 petang semalam, hujan lebat berterusan di Kelantan menyebabka­n tujuh sungai melepasi paras bahaya.

Tujuh sungai berkenaan ialah

Sungai Melor di Jambatan Melor, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Semerak di Pasir Puteh.

Selain itu, Sungai Kelantan di Kusial, Sungai Golok di Kuala Jambu dan Sungai Kelantan di Kusial Baru.

Di Terengganu, lapan sungai melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi dan terus meningkat menjelang petang.

Berdasarka­n data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, sungai yang melepasi paras bahaya ada empat di Setiu, dua di Dungun, satu di Hulu Terengganu dan satu di Kemaman.

Sungai melepasi paras bahaya di Setiu ialah Sungai Nerus, Sungai Setiu, Sungai Chalok di Jambatan Chalok.

Di Dungun, membabitka­n Sungai Dungun di Kuala Jengal dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau yang melepasi paras bahaya.

Turut melepasi paras bahaya adalah Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu dan Sungai Kemaman di Paya Paman, Kemaman manakala kebanyakan sungai lain sudah melepasi paras amaran dalam pola meningkat.

 ?? ??
 ?? (Foto ihsan JBPM Melaka) ?? Anggota bomba menyelamat­kan seorang penunggang motosikal yang dihanyutka­n arus banjir di Jalan Batu Alang, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Melaka.
(Foto ihsan JBPM Melaka) Anggota bomba menyelamat­kan seorang penunggang motosikal yang dihanyutka­n arus banjir di Jalan Batu Alang, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Melaka.
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu semakin meningkat, semalam.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu semakin meningkat, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? PPS Sekolah Kebangsaan Titi Gajah di Daerah Kota Setar, Alor Setar dinaiki air.
(Foto BERNAMA) PPS Sekolah Kebangsaan Titi Gajah di Daerah Kota Setar, Alor Setar dinaiki air.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Keadaan banjir di Bandar Baru Tunjung, Kota Bharu, semalam.
(Foto BERNAMA) Keadaan banjir di Bandar Baru Tunjung, Kota Bharu, semalam.
 ?? ?? Penduduk menggunaka­n sampan susulan banjir di Kampung Permaisuri, Setiu.
Penduduk menggunaka­n sampan susulan banjir di Kampung Permaisuri, Setiu.
 ?? ?? Penduduk menaiki jentera jengkaut di Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Penduduk menaiki jentera jengkaut di Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia